Wednesday, August 19

Apa ada pada 31 Ogos 2010?

Hampir 3 tahun lepas.. tarikh ni sangat laa penting kepada blog 100penulis. Sebab pada hari tersebut la blog ini saya mulakan, secara spontan sebenarnya.

Oleh sebab level kekerasumbangan yang tinggi di dunia nyata dan maya, saya tak ada ramai rakan blogger ketika itu, hanya beberapa orang saja yang saya kenal dan mereka antara lapisan awal yg berjaya diapproach untuk menyertai 100penulis.

Lama-kelamaan bilangan editors semakin ramai, dan semakin rancak semuanya bak sebuah keluarga besar. Suasana meriah terasa sewaktu menyiarkan entri, dalam editors area, serta ketika berbual beramai-ramai dalam yahoo messenger.