Tuesday, August 21

Jentayu Di Melbourne

Artikel ini adalah sumbangan dari Limau Daun Merah

Hashim tidak senang duduk. Dia tiba terlebih awal kemedan selera ini, sekarang dia terpaksa menunggu. Lima minit lagi, fikirnya.

Dia melihat ke sekeliling, mencari-cari wajah yang dapat dikenalinya. Dia perasan ada beberapa pelajar perempuan bertudung labuh di penjuru jauh medan makan, tapi dia tak cam mereka siapa.

Meja-meja lain mula beransur diisi penuh, hanya meja yang dia duduki sahaja masih lagi kosong dicopnya seorang.

Dia melihat pada jam di dinding, sudah 2 minit lewat dari masa yang dijanjikan. Dia mula sedikit resah.

Dia membuka begnya, mencari-cari buku atau kertas, atau pen, atau apa saja yang boleh mengisi masa menunggunya ini. Dia membawa keluar barang, meletakkannya semuka ke dalam bag, seolah tidak keruan.

"Sorry, sorry I lambat,"