Saturday, August 18

Buat Baik Jangan Sekali,Buat Jahat Berpada-pada

Artikel ini adalah sumbangan dari Kyra Ismera

buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada.
senyum kepada yang menjeling baik kepada yang jahat
pelajari sesuatu dari hidup anda !
sesuatu yang mampu mengubah hidup anda ke arah yang benar

hidup ini indah dan mudah tetapi tidak sempurna
kerana yang sempurna hanyalah di sana
nun di akhirat.nun di syurga firdausi
di dunia hanya sementara, berpegang pada itu lantas aku terfikir soal manusia di sekelilingku.

benar kata orang : buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali
tapi pada aku : buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada
MANUSIA.tidak pernah puas dengan kehidupan yang telah tertulis di loh mahfuz
masing-masing.masing-masing hidup dengan perasaan hasad dengki walaupun
peratusnya sikit.kau jangan kata tidak ! memang benar kata-kata ku.
bila aku melihat disekelilingku,aku tersedar.tak semua yang kita nampak baik
itu baik,dan tak semua yang kita nampak jahat itu jahat.