Monday, August 13

Kisah duit, tayar dan gigi.

Artikel ini adalah sumbangan dari Zoelisme

Hari ini empat belas haribulan dua. Ramai orang sangat excited nak menyambut Valentine day walaupun ramai yang tahu kita sebagai umat Islam haram menyambutnya.

Aku langsung tak heran sebab aku single (puuiii) dan kalau aku berpasangan pun, aku tak akan sambut jugak. Kan dah cakap tadi, HARAM!

Apa yang aku kisahkan hari ini ialah pukul berapa aku nak pergi betulkan motor aku yang tersadai jauh dari rumah. Dalam masa 3 minggu ni,sudah 3 kali jugak tayar motor buat hal. Tayar pecah, kena pisau dan yang terbaru aku tak tahu kenapa sebab tak pergi check lagi.

Dalam masa 3 minggu ni jugak, gigi aku buat hal. Jumaat lepas berjaya jugak aku selesaikan masalah gigi ni. Apa lagi, pergi cabutlah. Puas hati aku. Kalau setakat sakit gigi je tak apa, ni sampai tangkap kepala, kacau kerja, kacau mood dan paling tak best kacau waktu tidur aku. Haish!

Dah, aku nak tidur. LOL

Singgah ke blog penulis : http://zoelisme.blogspot.com/