Thursday, January 12

: Kenapa La Aku Tak Pandai Main Gitar..

Artikel ini adalah sumbangan dari Daddydian

Sebelom aku mulakan sembang merapu aku harini aku nak korang cek link ni dulu.. [ http://daddydian.blogspot.com/2010/12/mov02561-normanandfriends3.html ] .
Nampak tak aksi aku bersama band yang masih wujud tapi dah tak bersatu.. kumpulan "4 NON BLIND".
Kat sini aku nak kasi pecah tembelang aku .. Sebenarnya aku tak pandai main gitar.. Pegang gitar boleh lah.
Kt dalam video tu aku poyo je pegang gitar.. mmg mcm haramjadu!


Aku pernah belajar dulu masa budak2 kt kampung. Tapi tak pandai2 mungkin jari aku ni keras sgt dan rasanya mcm jejari aku ni kontot je nak tekan tali carik key.. Masa zaman tu kt kampung aku ni ada budak2 band yg ada studio sendiri kt umah dorang. Selalu gak lepak dgr brader2 rock kapak ni kat jembatan ataupon kat tembok simpang pekan. (kalau ada kerete terbabas sure meninggal kitorang kene sebat...) mcm ler takder tempat lain dan kenapa mesti di tepi simpang pekan? Tujuannya adalah sambil mengorat awek2 balik keje mostly minah kilang. Ni zaman 80s - early 90s k..