Wednesday, August 15

SEGMEN BLOGGER UNIK

Dah lama 100penulis tak buat apa-apa aktiviti. Editors dan admin masing-masing sibuk dengan rutin harian. Kali ni 100penulis kembali dengan segmen BLOGGER UNIK.

Dalam segmen ni, 100penulis akan publish 1 blog terpilih setiap hari. So pembaca semua bolehlah beramai-ramai menyerbu blog terpilih tu. Nak follow blog tu ke, nak tinggal komen ke, nak mintak duit raya ke (mentang-mentang nak dekat raya ni), terpulanglah. Tapi kalau anda sendiri ada blog dan berminat nak kenalkan kepada 100penulis dan pembaca lain, boleh la joinT.

Cara-caranya simple saja.


1) Buatkan entri pengumuman di blog anda dengan tajuk "100penulis.com Perlukan Anda". Mesti tajuk tu. Jangan silap heja, perlukan jadi pelukan ke, 100penulis jadi 100 Penulis dll. Seketoi-seketoi.

2) Untuk isi entri tu, cuma kopipes saja teks dalam kotak ni, tak payah peningkan otak nak tulis apa dah :

100penulis.com mencari blogger-blogger yang berminat menyertai SEGMEN BLOGGER UNIK. Kalau rasa nak join dan menambah rakan/pembaca blog, jangan berlengah lagi. Cara-cara join pun simple ja. Klik sini untuk keterangan lanjut.

*Make sure 'sini' tu dilinkkan ke entri ini. Jika tidak, penyertaan anda akan dipandang sepi.

3) Klik button SUBMIT ARTIKEL kat sidebar 100penulis nih. Selalunya itu untuk contribute artikel tapi kali ni isikan untuk sertai segmen ni.

Panduan mengisi borang. Sila ikut dengan baik. Jangan nakal2 nak hantar ikut format sendiri pulak.

Nama : [Nama Anda]

http: [Link entri pengumuman anda. Admin akan check, jangan ngelat eh]

Tajuk : BLOGGER UNIK HARI INI - [Nama Anda]

Perenggan 1 : [Tuliskan apa yang menarik tentang diri anda / blog anda dan mengapa pembaca-pembaca mesti menziarahi blog anda. Ceritakan kategori blog anda kalau boleh]

Link gambar : [Ambil screenshot blog anda, atau header, atau gambar anda, upload kat mana-mana yang patut, tuliskan linknya kat sini. Tak dak gambar pun takpa, tapi orang baca tak tertarik la.. Hehe]

Perenggan 2 : [Kalau ada lagi nak dibebelkan macam entri terhangat di blog anda dll, boleh diceritakan jugak]

That's all. Tak perlu Like, tak perlu tag, tak perlu follow. Tapi kalau nak buat lagi bagus.. hehe.

Bahagian borang tu isi betul-betul. Ejaan, tanda bacaan dsbnya. Sebab? First impression always counts. Dan sebab keduanya, memudahkan saya buat pemilihan. Lagi awal publish, lagi untung kan?

Sebarang soalan yang mana jawapannya tiada di atas, bolehlah dikemukakan di bahagian komen.

Cepat bertindak! Haippp!

8 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
Tahniah! moga dapat sambutan ramai.


Aktiviti di kampung halaman dah bermula

Tupai Karan said...

Harap-harap lah.. dah lama tak aktif, skrg nak kenal2 gak ngan bloggers baru ataupun yg tak kenai lg sblm ni :)

koshary said...

100penulis kembali beraksi!

Fina Sophie said...

rindu!!!!! ^^

Fina Sophie said...

rindu!!!!! ^^

Tupai Karan said...

anyss, koshary, fina.. me miss uols too! join la nih.. tak kira editor ke ex ka.. sila2 :)

sare ared said...

terima kasih daun keladi ,
kalau sudi singgah ler ke blog kami

100penulis.com Perlukan Anda

Tupai Karan said...

@sare ared :
penyertaan awak (the first!) akan disiarkan esok :)