Friday, September 30

CONTEST : ENTRI GEMPAK


Salam semua. Di sini 100penulis nak anjurkan satu aktiviti sihat untuk pembaca dan editors. 100penulis nak 5 blog untuk disenaraikan dalam widget 100penulis (yang ada di sidebar tu).

Nak join senang saja.

'WAIT' and 'NOW' Habit Within

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana masih diberikan kudrat untuk berkongsi buah fikiran di sini. Kali ini SiTukangTulis rasa teringin nak kongsi berkaitan tajuk en3 kali ini. Establishing the 'NOW' habit atau dalam bahasa melayu, Mendidik tabiat 'Sekarang' dalam diri. Apa yang akan dikongsi ini tidak lari jauh dengan apa yang sedang berlaku dalam diri SiTukangTulis.

Dari kecil, diri ini sudah terbiasa dengan 'sekejap'. Bila mak minta tolong pergi kedai..."sekejap mak", bila abah minta tolong basuhkan kereta... "Jap lagi bah". Bila kena buat kerja rumah atau sekolah..."Jap lagi  lah". Sekejap dalam semua hal hinggalah dewasa. Hari ini SiTukangTulis teringat semua isu sekejap-sebentar ni lepas kena palu ketika mendengar khutbah jumaat... Khutbah yang membincangkan isu 'Time and Life' atau Masa dan Kehidupan.
Setelah tamat khutbah, pelbagai memori lepas datang menyapa sedikit demi sedikit akan apa yang pernah dilakukan dahulu. Sikit-sikit memori berlalu dan masa yang dibazirkan dikira sedikit demi sedikit...Astaghfirullah...banyaknya masa yang telah disia-siakan sama ada sengaja atau tidak. Dari sekecil-kecil perkara hinga isu yang memberi impak dalam perjalanan hidup ini. Bila difikirkan kembali, ia bukan sekadar isu Masa dalam Kehidupan, tetapi lebih tepat jika kita katakan Masa IALAH Kehidupan!