Saturday, August 20

Tanggapan Salah Tentang Kerjaya Pensyarah

Assalamualaikum. 
Salam Sejahtera. 
Salam 1 Malaysia. 
Apa khabar semua? 

Agak lama saya menyepi. Tugasan sebagai tenaga pengajar memang sangat menuntut waktu hingga perlu dikesampingkan banyak perkara lain termasuk bercuti.

Sekarang ini, universiti sudah lengang. Sebahagian besar pelajar sudah pulang ke kampung masing-masing dan menjalani cuti panjang. Mungkin anda beranggapan, saya akan mempunyai banyak masa luang apabila semester sedang bercuti panjang sebegini. Begitukah?