Thursday, August 11

#RC : Tangga Cinta

Cinta. Kita boleh mencinta, tapi untuk ikhlas dicintai itu sukar. Berapa ramai yang bercinta tapi terkandas di tengah jalan hanya kerana rasa cinta itu berubah menjadi benci.

Rindu. Kita boleh merindu, tapi untuk terus dirindui itu sukar. Berapa ramai yang berhenti merindu setelah rasa rindu itu hilang. 

Sayang. Kita boleh menyayangi, tapi untuk tetap disayangi itu sukar. Berapa ramai yang berhenti berkasih hanya kerana kesetiaan itu dicalar.

Tangga Cinta

Setiap kali kita menjejakkan kaki pada usia baru. Cinta itu hadir. Oh, bukan cinta. Tapi sayang. Permulaan cinta itu bermula pada usia setahun jagung. Mereka kata itu bukan cinta, tapi "minat" atau "suka". Suka pada wajahnya yang ayu. Suka pada perangainya yang sopan. Suka pada perwatakannya yang macho. Suka pada rambutnya yang pacak pacak. Dan suka apabila melihat dia menaikkan bendera ketika perhimpunan mingguan di peringkat sekolah rendah. Geli perut.