Tuesday, July 19

Popular segera




Assalamualaikum. Semakin sunyi blog nie. Ke mana menghilang semua? Oh, sungguh menyedihkan sehingga kadang-kala aku juga berputus asa. Kenapa?

Berbalik kepada tajuk aku, popular segera. Apa yang anda semua faham? (Adakah lagi orang yang akan komen entry ini. Mungkinkah?) Kenapa sesetengah blog, walaupun tidak di'update' berbulan-bulan, tetapi still lagi mencanak-canak follower masuk dan komen entry basi mereka? Adakah kerana banyak gambar cantik-cantik tertampal di blog tersebut? Oh, sungguh tak patut.

Orang Asli VS Orang Melayu


Huwaaaa..mengantuknya...eh!!lupa pulak..Assalamualaikum kawan2...huh!!sudah lma tidak menziarahi ruangan 100penulis ini..bukan apa,kemudahan internet adalah terhad bagi aku sekarang..ni pun aku bpeluang guna tenet sebab nak cari bahan untuk study subjek automotif...
Ingin aku berkongsi sedikit mengenai kewujudan orang asli dan orang melayu di negara kita...

Orang Asli
Mengapa kita memanggil mereka sebagai orang asli atau "aboriginal people" sedangkan mereka manusia sama seperti kita??itu yang membuat aku tidak faham sampai sekarang..orang asli juga manusia..Apa perbezaan mereka dengan kita??? Mengapa perlu kita "cop" kadangkala memandang sinis terhdap orang asli??? Banyak kali juga aku tanyakan hal ni kepada kawan-kawan tetapi mereka tidak dapat mmberikan jawapan yang memuaskan hati aku. Lalu,aku mula meminta pertolongan En.Google untuk mendapatkan jawapan diatas pertanyaaan aku itu.

Apa yang aku temui..orang ASLI adalah penduduk peribumi tidak mempunyai takrifan yang sejagat, piawai atau tetap, tetapi biasanya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat(berdasarkan wikipedia) . Dan apa yang membezakan mereka dengan kita...mereka ditakrifkan sebagai penduduk asal sesuatu tempat, yang dipercayai merupakan bangsa Austronesian. Apa itu Austronesian???Sabar..nanti aku bagi link kat korang sekejap lagi. Kita pula adalah penduduk yang sudah bercampur dengan bangsa lain. Sebab itu kita tidak dipanggil orang asli..rite???
Orang asli ini dikelaskan kepada 3 kategori yang mempunyai 18 sub kategori :
a) Negrito (Kintaq,Lanok,Kensiu,Jahai,Mendriq, dan Bateq) -
b) Senoi (Temiar,Semai,Mah Meri,Che Wong,Ja Hut,Semoq Beri)-tinggal dalam hutan, bertani dan mencari hasil bumi sebagai mata pencarian.
c) Malayu Asli (Orang Selatar,Jakum,Orang Kuala,Orang Kanaq,Temuan dan Semelai)- tinggal berhampiran dengan laut dan of coslah bekerja sebagai nelayan.
Mengenai agama pula kebanyakan orang asli ni mempercayai kepada semangat dalam pelbagai objek. Tetapi sekarang, sudah ramai memeluk agama Islam dan Christian. kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai orang asli ni korang bolehlah ke wikipedia Orang Asli dan juga klik sini.

Si Anak Kecil

Sedang asyik wa termenung sementara menunggu giliran daddy wa bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan, wa terdengar suatu bunyi yang seakan-akan tepukan.

Wa toleh, terlihat sepasang suami isteri. Masih muda lagaknya, jika dilihat dari paras rupa. Si isteri sedang memegang erat tangan si anak sebelum wa melihat dia menampar pipi anaknya yang masih kecil. Bukan sekali. Dua tiga kali. Si suami cuma melihat, kemudian mengalih perhatian ke arah iPad yang sedang dipegang.

Si anak menjerit kecil. Menangis dan tidak dipedulikan. Kemudian, si anak kecil itu berlari-lari, menganggu jururawat yang sedang bertugas. Si isteri lantas mendapatkan anaknya sebelum mencubit lengannya serta menggunakan kata-kata kasar, memarahi anaknya.

Mungkin anaknya nakal dan si isteri tidak larat menegurnya lagi. Wa simpan pendapat peribadi wa mengenai situasi itu. Siapa kita untuk mengadili sedangkan mereka lebih mengetahui?


Mengenai Penulis Entri Ini :
Jue juga penulis untuk blog Let The blog Do The Talking, Aight!. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap hari Selasa.