Friday, June 24

Tak Ingat Nama Kawan?


Assalamualaikum semua.Rindu sungguh nak mencoret tulisan di sini walaupun tak berbakat seperti editor-editor lain kan?Kali ini rasa nak berkongsi tips.mungkin selepas ini boleh praktis kot.:-P

Pernah tak mengalami situasi macam ni?Tengah kawan-kawan berjalan, kemudian ditegur dengan orang yang  ingat-ingat lupa namanya ataupun langsung tak pernah kenal.Bukanlah sebab kita popular ataupun "glamour".Tetapi mungkin sesetengah orang mempunyai auranya sendiri kan?.Tapi dah bersembang bukan main rancak sambil serebrum dan serebelum ligat mengingati nama rakan tadi.Tapi tetap tak ingat dan kita terus menyembang sakan untuk menjaga air muka rakan kita tadi.