Thursday, June 23

Week 06- Favorite super hero and why

Powered by BannerFans.com
Assalamualaikum.
Masih sempat lagi menyiapkan entry untuk tiga minggu berturut-turut. Gunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Sebenarnya update entry tengah malam sebab tak dapat tidur. Dah puas pusing kiri kanan tapi masih jugak tak berjaya melelapkan mata. Untuk tajuk minggu ini adalah "Favourite Super Hero and Why"


"Motion Sickness" atau mabuk perjalanan?

14 jam penerbangan dari London ke Abu Dhabi, Abu Dhabi ke Kuala Lumpur sangat lah memenatkan. Sungguh. Dengan pengalaman 'kemuntahan' gaya wanita yang mendapat alahan ketika mengandung. Ke lebih teruk? Entah. Perjalanan London ke Abu Dhabi dah satu kali muntah, yang dari Abu Dhabi ke KLIA pula dah 2 kali muntah. Apabila ditambah, disama-dengan ada la dalam 3 kali muntah. Tuhan sahaja yang tahu perasaan masa tu. Segala yang dimakan semuanya dimuntahkan, termasuklah anggur yang ditelan ketika dinner di atas flight.