Friday, June 17

Time Management VS Self-Management

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dapat juga SiTukangTulis nak menconteng jap. Apa khabar sahabat semua? Tau tak hari ni dah masuk bulan Rejab. Jadi mari kita sama2 usahakan untuk berpuasa sunat :) Terasa sedih bila teringat lagi beberapa bulan nak Ramadhan, pertama kali Ramadhan di luar negara. Kalo kat Malaysia sibuk dengan terawih, bazar ramadhan dan sebagainya. Kat sini macam mana la nanti...Perkara yang paling seronok ialah bila menunggu azan untuk buka. Nikmat berbuka dengan keluarga, sahabat dan sebagainya. Nampak gaya beberapa tahun ni tak merasa SiTukangTulis.

Ok. Tajuk kita hari ini ialah Time Management versus Self-Management. Atau Pengurusan Masa dan Pengurusan Kendiri. Jumaat lepas khatib bagi khutbah pasal perkara ini. Beliau mengatakan bahawa pengurusan masa adalah tidak releven kepada kita umat Islam. Ini kerana masa tak boleh diuruskan macam kita susun buka dan sebagainya. Logik gak tul tak? Bila SiTukangTulis fikirkan, takda cara lagi untuk kita mengembalikan masa lepas (macam cerita Back to the Future) kerana masa itu bergerak dengan ketetapan yang Allah dah tetapkan. Sebab tu Allah nyatakan dalam surah Al-Asr bagaimana manusia ini dalam kerugian. Rugi dalam fahaman kita bermaksud sesuatu yg kita telah lakukan dan kita sedar ianya tidak bermanfaat atau sia2 selepas itu. Tiada cara untuk kita mngulangnya dengan perkara yg lebih baik. Kita tiada KUASA! kerana Allah memiliki masa...bila ia berlalu, ia tak boleh dikembalikan pada titik sebelumnya. Maka berapa banyak masa yang telah kita rugikan selama ini?