Thursday, June 2

Currently in busy mode

Powered by BannerFans.com
Assalamualikum
Apa khabar kawan-kawan untuk minggu ni? Diharap sentiasa sihat walafiat. Hampir terlepas waktu untuk post entry minggu ini. Sekarang ni mood untuk berblog semakin kurang. Cuma mampu untuk update entry sahaja. Blogwalking? Mood hilang ke laut.



Kenapa perlu berkahwin?


Perkahwinan merupakan tuntutan agama. Perkahwinan juga bertujuan untuk memelihara maruah dan kehormatan diri. Walau bagaimanapun soal perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia perlukan tanggungjawab serta komitmen dari kedua belah pihak. Kepercayaan, keikhlasan, kejujuran dan mungkin banyak lagi kalau nak disenaraikan. Point di bawah semuanya di ambil dari Kuliah online Ustaz Erfino. Semoga bermanfaat. InshaAllah.

1. Untuk mendapatkan keturunan, anak-anak, zuriat yang mampu memberikan sinar kepada kehidupan kita.

2. Naluri fitrah manusia sendiri inginkan kepuasan diri untuk jasad, zahirnya dan juga batinnya (surah ar-ruum 21) Allah kurniakan kasih sayang dan cinta, Allah kurniakan kamu rasa belas kasihan antara kamu, untuk mereka yang mampu, bila berfikir soal kahwin, kita kenalah bersedia untuk berbincang dan membawa kepada meja rundingan. Jangan sesekali mengeluh "Kalau ada jodoh nanti saya kahwin" "kalau ada jodoh tak kemana" "Saya pun belum fikir tentang perkara macam ni". Mendapat jodoh yang baik adalah rezeki, kita kena berusaha untuk mendapatkannya. "Saya belum cari, kalau ada orang nak saya terima la". "Lelaki yang baik untuk wanita yang baik" ayat ini bukan untuk menjatuhkan smenagat kepada orang yang tak "up"  tapi untuk menunjukkan rezeki perkahwinan . Untuk mendapatkan rezeki 'jodoh', kita kena ada masa dan target. Hendaklah sentiasa berazam untuk mendapatkan yang terbaik, "Aku layak untuk mendapat jodoh yang baik".