Tuesday, May 31

Terima Kasih PAK HAJI!





Assalamualaikum semua. Rindunya nak menaip di sini lagi seperti dulu-dulu. Eh, nampak macam dah lama sangat tinggalkan 100penulis nie kan. Bukan apa kawan-kawan semua, musim exam melanda. Memang kekeringan idea ditambah dengan kekurangan masa. Kombinasi terbaik yang tiada tolok bandingannya. Terasa pula satu kehilangan dan kekurangan apabila rutin setiap selasa untuk post entri hilang dek kerana tiada berkesempatan. Alhamdulillah, aku dipanjangkan usia untuk terus menulis lagi hari ini. Harapnya, aku ada peminat yang menanti tulisan aku ini. :)