Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Lama jugak aku terbabas tulis entri. Bukan sahaja rakan-rakan yang nak baling aku dengan kasut, tapi Bapak Admin yang katanya “sentiasa hensem” itupun rasa macam nak baling kulit durian je kat aku kan? Betul tak? Baik Bapak Admin yang sentiasa hensem itu buat pengakuan hu hu hu
Kalau kalian baca entri kat blog aku, mesti perasan tentang sesuatu. Perasan tak? Mana nak perasannya kalau kalian tak pernah pi baca hu hu hu …aku tahulah aku bukannya blogger popular seantario alam yang boleh ber alasan yang kukuh untuk kalian serbu blog aku. Tapi…mana tahu kan, kot-kot adalah jugak peminat misteri yang terjatuh cinta dengan ayat-ayat POWERRR dalam blog aku tu, dok rindu dendam sakit mental dan gila bayang sesorang kat blog aku ha ha ha ayat tak boleh blah! Eh…mana tahu kan…kot ler ada peminat misteri yang “tak mampu untuk teruskan kehidupan di alam maya ini” kalau tak baca blog aku hu hu hu