Friday, May 6

there will be no more off on saturday


aduh...korang jangan nak gelakkan aku okeh...aku ngah bersedih ni, sobab....pasni, dah takde dah sabtu di mana aku boleh rilek2 main saidina ka, joging2 atas katil ka, apa ka...huh...takda dah sume tu...sedih...sobab...hari sabtu adalah hari bekerja....oh....

esok, sekolah aku ada hari bertemu pelanggan, mcm2 aktiviti ado...yang nan hado adalah, guru2 kena bekerja 28jam sehari, pendek kata, ekau berumah tanggolah dokek sekolah ajo jang oi, tak payah nak balik2 umah dah...ekau tido, mandi, makan jo dokek sekolah....sekolahku rumahku....


Petua Mendapat Markah Bonus dalam Peperiksaan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat membaca.


Saya memang pasti, tak ramai yang menulis tentang hal ini, bagaimana mendapat markah bonus apabila menjawab kertas peperiksaan. Petua ini tidak terdapat dalam mana-mana buku di dunia (saya agak sahaja, belum ada kajian dibuat). Namun, apa yang bakal saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang mengajar dan menanda markah untuk peperiksaan.

Sudah pasti semua pensyarah mahukan jawapan yang tepat dan betul apabila anda menjawab soalan peperiksaan. Walau bagaimanapun, pensyarah anda juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada stress terutama apabila perlu memberi markah pada musim peperiksaan. Pada waktu-waktu sebegini, mereka biasanya akan kekurangan tidur dan rehat, sekaligus sama ada sedar atau tidak turut mempengaruhi emosi sedikit sebanyak.