Thursday, May 5

Jelajah Paris-Amstardam-Frankfrut


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Banyak kali benar entri aku terbabas. Ada masa, teringat tentang hari Khamis pada hari Khamis itu juga. Sebab entri belum tulis, tertundalah post entri kat sini. Ada masa yang lain, draf dah siap tulis, namun terbabas hingga hari Jumaat baru ingat. Terlambat!

Agak lama aku fikirkan, adakah pengalaman sepanjang di tiga kota ini perlu dikongsikan atau tidak di sini. Namun akhirnya, aku memutuskan untuk menulis seringkas yang dapat di sini. Hanya di sini. Tidak tertulis di blog aku pun. Kira macam ekslusif hanya di 100 Penulis sahaja hu hu hu

Kota Paris terkenal dengan jolokan Kota Cinta. Kota penuh dengan nilai romantik dan kesenian. Selain mercu tanda Menara Eifel, banyak tempat yang kita boleh pergi bila jejakkan kaki di sini. Muziumnya sangat banyak hingga tak terhitung. Tak sempat nak jejakpun.



Cabaran 30 minggu

Powered by BannerFans.com
Assalamualaikum.
Apa khabar kawan-kawan? Diharap semuanya sihat walafiat. Semoga sentiasa ceria dan gembira selalu. Kali ini nak buat cabaran 30 minggu. Lebih kurang macam apa yang admin 100penulis buatlah. Rasanya ramai yang dah tahu. Benda ni sebenarnya cabaran 30 hari. Tetapi, disebabkan saya selalu je tak ada idea nak buat entry untuk 100penulis, rasanya nak buat tentang cabaran 30 minggu ni lah. Bagi yang tak ada idea macam saya bolehlah buat sekali. Bolehlah kita berkenalan dengan lebih dekat lagi kan?