Wednesday, May 4

hidup ini bukan untuk diemosikan secara negatif.


As' salam dan salam satu malaysia!

haaaaa.... tetiba hari nih bersemangat. kenapa bersemangat? sebab pembuka bicara itu adalah di copy dari peserta pantun a.k.a pelajar yang aku bawa untuk pertandingan pantun peringkat negeri melaka tadi. hhihihi~ dan, ok sah-sah lah memang kalah kan? tak payahlah xpect tinggi-tinggi sangat kalau berlatih pun satu hari kan? kan? (ayat sejukkan hati)

tapi memang agak kasihan bila tengok student kesedihan sebab kalah pada 1st round, heh.
memang agak sedih untuk MENANGgung kekalahan kan? tapi perkara sudah berlaku. dan telah berlalu pon... relax lah. banyak lagi kejayaan lain yang perlu digapai. anggap sahaja tiada rezeki.

4th May : Star Wars Day

Bending Backwards by nn
Bila sesebuah filem jadi satu fenomena sudah tentu segala dialog jadi ikutan peminat-peminat. Kalau di Malaysia selalunya orang suka quote dialog-dialog cerita P. Ramlee. Dan baru-baru ni, mestilah cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Di peringkat antarabangsa pula, banyak filem yang jadi fenomena. Salah satunya - Star Wars.

Diambil daripada dialog yang famous daripada filem tu - "May the Force be with you" – yang selalu diajuk sebagai "May the Fourth be with you", tarikh hari ni, 4 Mei merupakan Star Wars Day.