Tuesday, April 19

Hargailah Insan Bernama Sahabat.

Salam...
 Minggu ini sudah masuk study week. Masing-masing kelam kabut study..aku pon sama..dalam pada itu,aku sempat menghasilkan nukilan khas untuk sahabat2 ku...yela...manalah tau ada salah silap dengan mereka sepanjang semester ini.Ingin aku kongsikan nukilan itu disini sebagai tanda menghargai seluruh warga yang bernama sahabat. Tak lupa kepada yang bakal menghdapi final exam, semoga berjaya aku ucapkan. Gambatte!!!!

Sahabat….
Sahabat yang baik,apabila dipandang wajahnya..
membawa mengingati ALLAH...
apabila tersenyum padanya...
 terasa ketenangan di jiwa..
apabila merenung matanya
terzahir kejujuran dari sinarannya..
Mendengarkan kata-katanya..
Menyejukkan hati y resah..
berbicara dengannya..
menghilangkan rasa gundah..
Melihat gerak gerinya..
Membuat aku kagum ..
kerana taatnya pada suruhan Ilahi..
meninggikan takutku kepada ALLAH...
kerana elok budi pekerti..
kerana elok bahasa ku dengari..
kerana sopannya menegur diri ini..
dan kerana kelembutannya...
berbicara menambat hati..
Berkawan dengannya..
Berjuang ku ke jalan ALLAH..
Berteman dengannya..
Terbit kekuatan di hati..

ENTRI SERBA RINGKAS: Single eksklusif Yuna yang hanya dirilis di US - 'Fears and Frustrations'


Aku benar-benar bangga dengan artis kegemaranku, Yuna. Tanggal 15 Mac yang lalu dia telahpun melungsurkan album sophomore-nya 'Decorate' untuk pasaran Amerika Syarikat. Ya, you heard it right: AMERIKA SYARIKAT. Album susulan kepada album sulungnya yang berjudul 'Yuna' yang aku kira sangat berjaya secara lokal sudah sekian lama dipasarkan di Malaysia dan langkah bijak syarikat rakaman Yuna untuk mencuba nasib di luar negara ternyata berbaloi apabila 'Decorate' akhirnya berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.