Thursday, April 14

Dah Jadi Burung Pungguk


Assalamualaikum,

Ini entri paling pendek pernah aku tulis, sila percaya dengan sepenuh hati ya ;)

Hari ni aku hanya nak kongsi dengan kalian tentang dua buah video pendek di bawah ni sahaja. Jomlah sama-sama kita tonton;


Reblog:Dosa jangan di (+), Iman jangan di (-)


Takut untuk menerima hakikat yang selama ini kita telah banyak melakukan dosa. "Normal la kan, semua orang buat dosa, tak ada yang sempurna", "Ala, bukan aku je yang buat, orang lain pun sama je". Tapi setidaknya kita seharusnya cuba untuk menyedarkan diri bahawa kita sedang melakukan sesuatu yang dilarang Allah. Lebih baik orang yang melakukan dosa, dan sedar dia sedang berbuat keburukan dan terus bertaubat berbanding dengan orang yang melakukan dosa tapi tidak sedar mereka sedang melakukan dosa sehinggakan menganggap dosa yang dilakukan olehnya menjadi satu kebiasaan yang normal.