Tuesday, April 12

Menang belum tentu juara






Assalamualaikum semua. Mesti pelik tajuk entry nie. Dah menang, mestilah juara. Kan, kan, kan. Tapi, ada sebab aku wat tajuk gitu. Cer citer, cer citer. =)

Kenapalah aku masih dalam mood tak puas hati atas kemenangan mereka-mereka yang ganas itu pasal netball tempoh hari. Mana nak puas hati kalau sampai la ni tangan aku masih berbungkus! Nak wat macam mana. Aku memang lemah-lembut orangnya.

Okay, berbalik kepada tajuk hari nie. Korang-korang yang menang apa-apa pertandingan pun lah kan, belum tentu juara. Kenapa aku kecoh hal nie? Yole, manalah tau time game tue, pasukan yang lain bukan dalam 100% terbaik kondisinya. Contohnya, sebelum game dorang cirit ker, muntah-muntah ker, contohnyalah kan. Kita tak tahu.

"Kalau tak pandai masak tu,bukan perempuan lah!"



Okay,bila baca tajuk entri kali, perempuan yang tak pernah masuk dapur sure hangin kan? and jantina lagi satu and golongan perempuan yang resipi berkurun turun temurun dah tersimpan rapi dalam otak tinggal nak print out je,sure datang menonong nak jadi pengkritik,betul tak?

Isu ni dari zaman tok nadak dulu sampai lah zaman McDelivery ni masih lagi tak nampak cahaya kebenaran,betul tak? Aleh-aleh, lelaki kutuk perempuan, perempuan pandai masak kutuk yang asyik makan kedai tak pun perempuan tak pandai masak tunjuk perasaan buat statement, "Kalau perempuan tak pandai masak salah,tapi lelaki semua boleh jadi imam kah?"


Amacam? Ada batang hidung mana-mana sakit kah?


REVIU FILEM: Cun



Jujur saya jelaskan bahawa saya jarang mahu menonton filem Melayu. Saya hanya akan terpanggil untuk menonton filem lokal jika ia telahpun mendapat reviu yang baik di internet atau jika ia adalah hasil air tangan pengarah yang saya kagumi (Allayarham Yasmin Ahmad adalah antara yang teratas dalam senarai pengarah yang paling saya sanjungi). Minggu lepas saya berkesempatan untuk menonton filem Cun, arahan Osman Ali. Saya tergerak hati untuk menonton hanya kerana bersandarkan beliau juga merupakan pengarah untuk filem Anak Halal, salah satu daripada filem lokal kegemaran saya. Makanya saya mahu menonton apakah kelainan yang beliau ingin tampilkan dalam Cun.