Monday, April 11

Pergerakan Dalam Solat.


Assalamualaikum readers :)

Benarkah pergerakan tiga kali dalam solat secara berterusan boleh membatalkan solat? Usah terkejut. Tiada nas yang menyatakan jumlah pergerakan tersebut. Sebaliknya, apa yang dibincangkan oleh para ulama ialah sama ada pergerakan yang dilakukan itu boleh menyebabkan orang lain yang memandang membuat persepsi, orang itu tidak berada dalam solat, maka ketika itulah terbatal solat yang dilakukan. 


Buat Baik - Tak Banyak Sikit Pun Boleh Tapi Jangan Ungkit


Salam sejahtera dan selamat hari Isnin 100 Penulis dan pembaca-pembacanya. Semoga kita mampu memulakan hari dan minggu baru dengan perkara-perkara yang baik. Minggu ini masih banyak kerja yang perlu dihabiskan. Ada beberapa assignment lagi belum selesai walaupun peperiksaan sudah sangat hampir.

Kita bicara sikit perihal berbuat baik. Berbuat baik ini bukan perkara mudah, berbuat baik dengan ikhlas lagi susah. Biasa jadi tak orang yang buat baik pada kita mengungkit-ungkit hal lalu atau kita sendiri pernah melakukan yang sedemikian?


Perubahan Itu Pasti

Perubahan. Itu sudah pasti.
Akan pasti berlaku perubahan.
Dalam kehidupan ini.

Sesetengahnya akan berkata, "Perubahan itu bagus."
Yang lain pula akan berkata, "Perubahan itu penting."
Tapi yang pasti, "Perubahan akan berlaku."
Kerana perubahan itu adalah semulajadi.
Perubahan itu adalah lumrah alam.
Dan semestinya, perubahan itu adalah pasti.