Thursday, March 31

Cerita tentang Salji.





Assalamualaikum!

Bila cakap pasal salji je, mesti rasa excited kan. And wondering bila la Malaysia nak ada salji ni ye? Bagi yang berkesempatan untuk bercuti atau belajar di negara bersalji ni, antara benda best yang mereka akan cerita ialah tentang salji.

Cik Kimmy juga tak melepaskan peluang untuk ke tempat bersalji semasa travel ke Istanbul bulan Februari lepas...

Lelaki adalah isteri, wanita adalah suami?


Pernahkah anda mengalami pengalaman yang hanya anda seorang sahaja yang berjantina lain dari yang lain pada suatu lokasi yang sama, dan diarahkan melakukan tugas yang sama dengan yang lain-lain? Mungkin soalan ini dirasakan peluang cerah seseorang untuk menunjukkan 'belangnya'. Namun, itu bukanlah tujuan utama aku membincangkan topik ini.

Ingin aku ceritakan pengalaman aku semasa Tingkatan 4. Aku telah dipanggil oleh guru aku dan ditawarkan untuk menyertai program English in Camp (EIC) peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia yang diadakan di Sekolah Sains Syed Sheikh Shahbudin, di Pulau Pinang. Wakil dari sekolah aku terdiri daripada empat wakil yang salah seorang daripadanya adalah aku. Malah, akulah satu-satunya lelaki yang mewakili sekolahku. Berbanding dengan sekolah lain, hampir semuanya menghantar dua wakil lelaki, dan dua wakil perempuan untuk program tersebut.

Pemandu Lelaki VS Pemandu Wanita

Powered by BannerFans.com

Assalamualikum.
Apa khabar kawan-kawan? Sihat hari ini? Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk hidup sehingga hari ini. Menurut kajian pemandu lelaki lebih ramai terlibat dengan kemalangan jalan raya iaitu 20% - 40% berbanding pemandu wanita tetapi pemandu wanita dikatakan memandu dalam keadaan yang bahaya. Berdasarkan tajuk, pemandu lelaki VS pemandu wanita, pada pendapat kawan-kawan siapakah yang memandu dengan bahaya? Apakah perbuatan yang selalu menyumbangkan kepada kemalangan? Jom check it out.


Kenapa Suka Merayau?


Ketika anda baca entri ini, tuan punya entri tengah merayau entah ke dunia mana. Kenapa aku suka merayau?

1. Nak tengok tempat orang
Orang kata, jauh berjalan banyak pemandangan. Boleh tengok maca-macam benda yang pelik dan cantik. Masa aku ke Beijing sebelum mereka anjurkan sukan apa tah dulu...aku tengok masyarakat mereka sangat rajin berkerja. Walaupun masa tu China baru amalkan dasar buka pintu dan ramai masyarakat mereka tak pandai sepatah harampun bahasa Inggeris, namun mereka mampu jual banyak barang kepada orang Malaysia yang gila sakan membeli dan membelah.

Masa kat sinilah aku sangat kagum dengan teknologi mereka sejak lama dahulu, paling mudah tengok je Tembok besar yang gagah dan kukuh tu. Mereka juga orang yang kekalkan budaya setempat. Di luar beijing sikit, kita boleh tengok rumah-rumah dan suasana yang betul-betul klasik. Macam masuk dalam filem kungfu pulak. Masa ni juga, alam di China sangat asli. Sekarang? Mmmm nanti aku pergi semula ya hu hu hu