Tuesday, March 29

Cerita tentang Perpisahan Abadi..

Assalam...
Lewat waktu ini, aku masih terfikir…perihal seorang sahabat rapat aku. Ingin aku kongsikan dengan kalian. Serius, saat ini aku risau padanya (sahabatku). Saat mendapat khabar insan kesayangannya meninggal dunia, aku berulang kali beristigfar. Sungguh besar kekuasaan Allah sedangkan baru kelmarin mereka ber”skype”,saling bertanya khabar. Enam tahun mereka menjalinkan perhubungan cinta atas nama Allah, akhirnya si lelaki itu memberikan sahabatku perpisahan abadi. Pada mulanya lelaki itu terpaksa berpisah dengan sahabatku kerana menurut perintah keluarganya. Akhirnya lelaki itu berkahwin dengan gadis pilihan keluarganya tetapi ingatannya,cintanya hanya pada sahabatku. Rumah tangga yang dibina bagaikan tiada seri. Berulang kali lelaki itu cuba menghubungi sahabatku. Dan kelmarin, setelah 2minggu usia perkahwinan lelaki itu dengan gadis pilihan keluarga, entah mengapa sahabatku bersetuju untuk ber “skype” dengan lelaki pujaannya itu. Lelaki itu berulang kali mengucapkan rasa sayangnya pada sahabat aku. Tetapi sahabatku, hanya diam membisu. Padanya lelaki itu sudah menjadi milik orang lain. Dan dia telah meletakkan jurang diantara mereka.

Aku Tak Popular Ke?




Assalamulaikum kawan-kawan. Nie entry cemas nie. Sedang berlumba dengan masa sebab kejap lagi nak pergi main netball. Wakaka. Walaupun tangan dan bengkak, pinggang dah sakit, terpaksa juga turun sebab tanggungjawab sebagai MPP perlu dijalankan. Tanggungjawab itu amanah. Kena lah tanggung kat dunia nie, kang dekat akhirat kena menjawab pula. betul tak kawan-kawan?

Alang-alang dah bagitahu kat korang-korang semua nie pasalah aku nie salah seorang orang penting kat MPP tue, (mood: berlagak giler), korang tak rasa ker aku nie popular giler kat tempat aku nie? Mesti lah aku popular kan? Bayangkan lah, 2minggu aku tercapap kat court netball tue untuk liga netball, takkan lah budak-budak nie tak kenal aku lagi. Kan? Kan? Kan? *Apasal aku berlagak sangat nie?

analogi jatuh cinta.


Pernah jatuh cinta?

Sila terjun daripada bas Kiffah zon 3 (yang sedang bergerak kerana yang pegun tidak mampu membuat anda mengalami injuri yang kritikal kerana kedangkalan anda) jika anda menafikan persoalan di atas. Ya, aku tidak main-main.