Monday, March 21

Padamkan Nombor Itu


Periksa telefon bimbit anda.
Ada tak nombor telefon yang jarang anda hubungi?
Ada tak nombor telefon yang tidak patut berada di dalam senarai nombor telefon anda?
Atau, ada tak nombor telefon yang tidak akan anda hubungi lagi? Buat selama-lamanya?

Aku pasti kamu semua mempunyai nombor-nombor seperti yang aku nyatakan tadi.
Kerana aku, juga seperti anda semua.
Menyimpan semua nombor itu, walaupun aku tahu aku tidak menggunakannya lagi.
Yang peliknya, butang delete itu begitu mudah untuk dicapai dan hanya di hujung jari.
Tetapi, untuk menekannya dan menghapuskannya terus dari telefonku tidak semudah yang disangka.


Maksud Di Sebalik Kata


Sering kita menjadi mangsa,
Pada manis bicara,
Putar belit kata,
Tuturan lidah manusia,
Yang melontarkan kita ke gaung tipu daya,
Sesat dalam rimba percaya.
Manisnya bicara,
Laksana gula,
Manisnya meracun jiwa,
Taksubnya ...
Mengikat sangsi di perdu jati,
Kukuh talinya bersimpul mati.
Sedar-sedar saja ...
Segalanya telah tiada,
Hilang harta,
Hilang mahkota,
Barulah terungkai maksud di sebalik kata,
Bukti yang nyata,
Janji-janji yang dikata,
Tidak pernah terkota.