Thursday, March 10

Drama Sekarang...


Dulu, zaman sekolah, saya memang gila dengan drama Indonesia. Kau cakap je drama apa. Bawang Putih Bawang Merah, Mutiara Hati, Kiamat Sudah Dekat, apa2 saja (heh sikitnya. Tak ingat la labu....) semua aku tau.

Masalah minat pada drama Indonesia ni bertambah kronik selepas saya habis SPM. Tiap2 hari saya bantai tengok Astro Aruna. Even drama kat Astro Aruna adalah original no cut2 segala, tapi tetap kata cerita tu best! Lama2, Mama dan adik2 pun sama terikut suka tengok Astro Aruna.

Paling kitorang suka, drama Aku Bukan Dia. Desta, seorang perempuan menyamar sebagai seorang lelaki sebab nak dekat dengan lelaki pujaan dia. Cerita ni memang kelakar habis even ada merepek2 sikit. Tiap2 malam pukul 10, memang dah terpacak dah depan tv.

Sampai la satu hari tu, Abah nak tengok tv. Tapi, dah rutin harian saya yang suka tengok cerita Indonesia, saya pun merengek-rengek minta nak tengok astro Aruna. (dulu merengek adalah normal kerana masih budak, sekarang merengek memang makan penampar).

Kau tau Abah cakap apa?!!


Menara Berkembar Petronas mampu bertahan sehingga 500 tahun


Ini bukanlah omong-omong kosong. Malah, media dan pengkaji barat mengiktiraf bahawa Menara Berkembar Petronas mampu untuk bertahan sehingga 500 tahun walaupun selepas ketiadaan manusia di dunia ini untuk membuat maintenance pada bangunan ini. Malah, walaupun 500 tahun selepas kepupusan manusia, Menara Berkembar Petronas akan terus kekal berdiri sebagai satu-satunya bangunan binaan manusia yang tertinggi di dunia yang tinggal menanti rebah. Fakta ini dipetik dari rancangan produksi History Channel yang mendokumentasikan apakah yang akan berlaku selepas kepupusan manusia.



Ini bukan propaganda kosong, ini adalah bukti kejuruteraan. Walaupun pernah dikritik semasa awal pembinaannya, namun Malaysia dan Menara Berkembar Petronas akan terus bertahan dan gagah berdiri sehingga 500 tahun selepas kepupusan manusia!

*****
Nota kaki:
1. Aku rumuskan bahawa daya pemikiran Tun Dr. Mahathir bukanlah hanya setakat 50 tahun ke hadapan, tetapi sehingga 500 tahun selepas kepupusan manusia!
2. Dari fakta kejuruteraan, memanglah akan bertahan selama itu, tetapi mampukah boleh bertahan sekiranya orang yang hanya kemaruk kuasa memerintah Malaysia? Mungkin tidak, apabila bangunan dijual kepada proksi-proksi Israel untuk berkuasa.
3. Nak berjaya seperti ini, jangan ambil orang suka 'main tikam belakang'.


Mengenai Penulis Entri Ini :
Fadzrul Hisyam juga penulis untuk blog Fadzrulhisyam. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fadzrul Hisyam. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Pelancaran buku biografi Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Aku rasa, aku nak pilih umur 70 baru aku bersedia nak mati..."


Sekarang kita tak perlu risau. Sebab kita dah diberi peluang untuk pilih bila kita nak mati. Tilik punya tilik pada kalendar di tangan, tiba tiba seseorang bersuara...

"Aku rasa, aku nak pilih umur 70 baru aku bersedia nak mati, kira okey tak?"

Yang seorang lagi mencelah...

"Kau biar betul umur 70 tahun, pilih la 100. Hebat woohh kalau mati pada umur 100tahun"

Bangganya Kita Ada Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan semua. Hari ni nak cerita tentang filem pulak...jom masuk panggung. hari ni adalah tarikh filem kebanggaan aku yang patut dibanggakan seluruh rakyat Malaysia mula ditayangkan. Dah semestinya filem Hikayat Merong Mahawangsa


Aku tahu tentang kewujudan filem Hikayat Merong Mahawangsa masa tengok filem Magika tahun lepas. Tengok promo je pun, aku dah tahu filem itu akan jadi filem yang hebat. Kali ini, Yusry yang jadi pengarahnya dan bakal ditayangkan pada 10 Mac 2011. Tak sabar nak tunggu!


Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah filem yang menggabungkan cerita-cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom. Filem epik aksi yang akan ditayangkan di 72 buah negara itu dibintangi oleh Stephen Rahman-Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Lusi, Datuk Rahim Razali, Ummi Nazeera, Nell Ng, Khir Rahman, Craig Fong, Jehan Miskin, Umie Aida dan Mano Maniam. Beberapa pelakon dari United Kingdom, Sweden dan China juga terlibat dalam filem ni. Hikayat Merong Mahawangsa juga menggunakan 15 pelakon aksi lagak ngeri yang didatangkan dari Hong Kong. Filem ini menggunakan 50 peratus dialog dalam Bahasa Melayu dan selebihnya bahasa Inggeris. Ia membabitkan lebih 300 pelakon akan menggunakan judul The Malay Chronicles-Bloodlines untuk tujuan pasaran dan tayangannya di peringkat antarabangsa.