salam semua. ini merupakan julung kalinya aku mula menaip secara pantas di sini. dua minggu sudah terlepas. jadi, peluang minggu ini tidak akan dilepaskan lagi! yeahh... oh, tiba-tiba pula bersemangat!
"kerjakanlah apa yang patut kau siapkan hari ni. mengapa perlu tunggu esok?"
mengapa ya? selalunya kebanyakan dari kita ini gemar menangguhkan kerja? termasuklah individu yang sedang menaip ini. adakalanya, sikap untuk melaksanakan tugas dengan segera ini boleh mendatangkan rasa rimas dan tidak selesa. lebih-lebih lagi sekiranya tindakan itu seolah-olah membebankan orang lain. tapi, jika dilihat dari sudut positif, individu yang sering menyiapkan tugas dengan cepat dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna. disebabkan telah menyiapkan tugas dengan cepat, hasil kerja mereka akan menjadi lebih sempurna biarpun sebelum itu banyak masalah yang perlu diperbaiki.