Thursday, March 3

Bila Manusia dan Jin Berkongsi Habitat...

Pukul 11 pagi.

Pulang awal dari kelas memandangkan tiada lecturer. Menyusup masuk ke kawasan asrama dengan mengikut pintu rahsia. Maklumlah peraturan di IPG seperti di sekolah, pintu pagar asrama akan dikunci sepanjang sesi pembelajaran.

Pulang ke bilik menahan penat. Sedang asyik berbaring melepaskan penat, tiba2...

"Tang! Tang! Tang!"

Dan terus saya bangun dan terkedu. Muka pucat tak perlu ceritalah. Manakan tidak, sapa pula yang menendang bawah katil saya ni? Sedangkan tiada siapa di bilik ini melainkan saya seorang?..

Perlahan-lahan saya turun dari katil dengan langkah yang takut2......


Tentang Berkasih: Kawalan Tanpa Had...




"Kawalan Tanpa Had". ok any idea??? hehe.. kali ni aku nak cakap pasal Queen/King Control... hehe... bukan orang dah kawen ja tau yang kena control ni. kadang yang baru bercinta ni lagi la melebih-lebih control nya.

biasanya kalau isu control ni mesti salah seorang tukang control dan sorang lagi kena control..
.huhu jadi macam mana yang kita cakap kawalan tanpa had ni?? over control?? ok simtom-simtomnya adalah:

setiap 5 minit anda mesti report apa anda buat ngan pasangan atau si dia akan kol anda setiap masa. si dia mahu tahu anda keluar ke mana dan dengan siapa. anda dilarang untuk keluar dengan lelaki/perempuan lain walaupun hanya kawan. anda dilarang daripada melakukan apa yang anda suka hanya kerana dia tidak suka. dia akan mengamuk dengan ganasnya kalau anda melanggar perkara di atas.. 
ok mesti ramaikan yang pernah nampak kawan-kawan anda mengalami semua ni... atau memang mengalami benda ni... pada pendapat aku orang yang kuat control ni biasanya mereka rasa mereka tak selamat. insecure.
Sebab-sebab yang biasa adalah:


Kisah Telur dan Tepung


Tanpa telur dan tepung dalam dunia ini, pasti tidak lengkap kehidupan kita. Iyalah, Secret Recipe tak boleh beroperasi, tak adalah Big Apple, nasi goreng Pattaya punt takkan wujud di dunia ini, cucur kodok a.k.a cekodok pun takkan ada untuk kita nikmati.

Bernilai sangatkah telur dan tepung ni? Kalau nak dibandingkan dengan emas dan wang, taklah seberapa. Namun begitu, dengan sekilo tepung dan sesarang telur boleh jadi amat berharga kepada mereka yang sangat memerlukan. Manakan tidak, apabila kerajaan menaikkan harga tepung dan telur, sudah ada piket sana sini. Habis semuanya dihentam katanya kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat.

Baiklah, marilah kita imbas renungi diri kita sebagai rakyat... dan manusia. Dari banyak tepung dan telur yang kita beli, berapa banyak sangat yang kita gunakan? Berapa banyak yang telah kita bazirkan?

Aku dapati bahawa ada di kalangan kita ini memang tidak pandai menghargai apa yang telah kita nikmati selama ini. Bukan nikmat harga tepung dan telur yang rendah, tetapi nikmat mendapat bekalan tepung dan telur. Ada jenis manusia, membeli tepung sehingga tujuh-lapan kampit tepung dan besarang-sarang telur hanya semata-mata untuk dibaling dan ditaburkan sahaja dalam majlis hari jadi sebagai contoh. Ini sungguh membazir! Lebih baik jika telur dan tepung itu dibuat kek besar-besaran dan diagihkan kepada semua rakan-rakan si penyambut hari lahir. Ini lebih berfaedah.

Ini baru sahaja satu perkara diceritakan. Walhal banyak lagi kes-kes lain yang melibatkan pembaziran telur dan tepung di kalangan kita semua. Untuk kes-kes lain, pandai-pandailah fikir ya.

Kepada semua rakyat dan manusia di sana, tidak layak langsung kamu nak merungut jika harga telur dan tepung naik beberapa sen sedangkan kamu sanggup membayar berpuluh ringgit untuk membeli tepung dan telur yang semata-mata akan dicampak dan dibaling kemudiannya. Kepada yang masih tak faham, orang yang sukakan pembaziran begini, jangan merungut! Tidak layak untuk kamu berbuat sedemikian!

Peringatan ini juga bukan untuk telur dan tepung sahaja, malah untuk semua perkara. Jangan membazir.

Tepung dan telur jika dibuat kuih atau roti pasti enak. Lebih bermakna jika dapat disedekahkan kepada yang memerlukan.

Nota kaki:
1. Beringat-ingat pada diri sendiri juga.


Mengenai Penulis Entri Ini :
Fadzrul Hisyam juga penulis untuk blog Fadzrulhisyam. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fadzrul Hisyam. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kabinet MPP UMP Sesi 2011/2012.

Urusan yang wajib buat kita

Sebelum terlajak coretan hal yang penting, ain nak inform yang link blog Dinding Cik Aien sudah bertukar.. So korang boleh klik banner blog ain di atas untuk ke Blog.. Boss 100Penulis!! jangan lupa tukar link blog daku di sebelah ni "editor yang cool".. Bukan senang wooo dapat title tu. hehe!
Berbalik pada tajuk entry sebenar.. Semua mesti dah alami, berurusan dengan manusia bukan mudah.. Banyak flow dan prosedur nak kena ikut, betul tak? Contoh terdekat berurusan dengan Bank. Tak kira la nak apply financing loan ke, nak invest fund ke.. Perkara tu bukan mudah kan??
Contoh lagi berurusan dengan peniaga-peniaga.. Kite semestinya nak tawar harga yang murah.. Kalau mahal, confirm berkira nak beli ke tidak.. Bukan mudah kan?? Lagi contoh berurusan dengan duit.. nak kena bajet belanja bulanan, dengan barang-barang keperluan lagi nak beli.. Bukan mudah nak uruskan?
Jadi, kat sini ain dapat 1 perkara yang sememangnya mudah untuk kite berurusan.. Tapi tak ramai antara kite yang betul-betul serius bila berurusan dengan hal ini. Iaitu berurusan dengan Allah Yang Maha Esa.. Mudah untuk berurusan dengannya.. Mudah untuk mendapatkan sesuatu dari-NYA.. Melalui Doa, Solat 5 waktu sehari semalam, Melakukan Ibadat yang Wajib dan meninggalkan perkara yang dilarang.. Mudahkan? Doa adalah penghubung antara kita dengan Yang Maha Esa.. Renung2kan..

Mengenai Penulis Entri Ini :
cik ain juga penulis untuk blog Cik Ain Nabila. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan juga di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label cik ain. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Man Utd Menang Gaya.

Aku kecil di mata Allah. Tapi kamu?


Aku kecil di mata Allah
Kamu? Juga sama seperti aku
Kita sama-sama kecil
Kita tidak punya beza
Kita adalah Ibadurrahman (hamba Allah)
Ketika kita lemah,
Allah pinjamkan kekuatanNya pada kita
Ketika kita sakit,
Allah sembuhkan kita dengan kuasaNya
Ketika kita sudah hampir tersesat,
Allah tunjukkan jalan untuk kita
Bahkan ketika kita hampir lupakanNya,
Allah berikan kita ujian,
Bukan untuk menambahkan lagi sengsara kita
Tapi untuk mengingatkan kita
Bahawa kita ini kecil
Kita perlu pertolongan dari Maha Besar
Saat itu, kita ingat Allah kan?

Sharing is caring - Tips pengurusan wang

Powered by BannerFans.com
Assalamualaikum.
Alhamdulillah saya masih diberikan peluang untuk menulis di sini pada minggu ini. Apa khabar kawan-kawan hari ini? Sejak mula bekerja ini rasanya agak sibuk. Balik kerja pun sudah penat dan tidak larat hendak online. Tapi insya Allah, saya akan tetap menggunakan peluang yang saya ada untuk menulis di sini. Minggu lepas saya baru menerima gaji saya yang pertama setelah sebulan saya bekerja. Jadi kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips pengurusan wang.


Dia Tetap No. 1

Entri ni sepatutnya 24 Februari, tetapi tak tahu apa masalahnya, ia jadi draf entah berapa kali aku ubah jadi scedule. Kira macam, kitar semula entri walaupun ceritanya dah basi. boleh gitu? Kira halallah ya ;)

Genap sudah 19 tahun negara kehilangan Bintang Pujaan ramai, Sudirman Haji Arsyad. Pada tarikh yang sama seperti hari ini, tahun 1992 negara dikejutkan dengan berita pemergian tak kembali lagi seniman negara itu. Aku ada tulis tentang hal ini di Sudirman Haji Arsyad: Setelah 19 Tahun, Masihkah Kita Rindukan?

Apa yang aku tahu, pemergian Bintang RTM 1976 itu benar-benar dirasai seluruh negara. Kalau aku ada blog pada masa itu, mmmmm aku dah tulis semua tu (errrrr apa yang aku merapu ni?).

Lagu-lagu dendangannya masih lagi relevan dan segar sehingga kita pasti akan tertawa, senyum dan menangis menghayati alunan suaranya yang satu dalam sejuta itu. Boleh dikatakan semua lagunya ada dalam komputer aku ni. Ada dalam telefon. Ada dalam mp3 juga yang akan aku pasang tiap kali merayap ke tempat yang tak dapat siaran radio (terutama dalam flight). Syahdu jeeeee…Nak buat macam mana, memang aku suka lagu jiwang karat hu hu hu

Antara lagu yang aku akan dengar berulang kali tanpa jemu;



Lagu yang tak pernah nak lupa tiap kali musim perayaan adalah Balik Kampung. Bila dengar lagu ni, tak sedar pun kaki tekan minyak rapat-rapat, kalau boleh nak terbang je redah hutan dan gaung terus landing depan rumah kan?