Wednesday, February 23

Karya picisan: Alpa (Terfikir)



sedikit intro:
‘Alpa (Terfikir)’ ditulis pada tahun 2001, kalau tak silap. tengah bosan-bosan dekat rumah and… voila! ter-lahirlah karya picisan ini. dasarnya ia berkenaan dengan manusia yang mengejar kejayaan dan kekayaan duniawi sehingga terlupa tentang asas-asa penting seperti hubungan dengan manusia, tumbuh-tumbuhan dan Tuhan. bila baca balik rasa macam terkena dekat batang hidung sendiri.

Alpa (Terfikir)

Sesekali aku terfikir
Betapa daifnya hidup manusia zaman ini
Kaya wang
Kaya harta
Tetapi cetek budi bahasa

Kadang kala aku terfikir
Betapa kosongnya minda manusia abad ini
Mahu kemajuan
Mahu kejayaan
Sanggup memusnahkan keindahan alam

Tidak pernahkah mereka terfikir
Betapa alpanya mereka terhadap Tuhan
Abaikan agama
Abaikan saudara
Atas dasar cinta dunia


- pernah diterbitkan dalam Malar Hijau 2004 (Majalah tahunan SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru (SIGS))


Mengenai Penulis Entri Ini:
nn juga pemilik blog nn meows!, nn spends! dan nn sells!. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nn. Entri terbaru di blog beliau ketika ini ialah saya nak komplen III