Friday, February 11

Kempen "Katakan Tidak Kepada Valentine's Day"


Assalamualaikum...

Ada banyak Si Tukang Tulis nak kongsi, memandangkan masa yang suntuk, jadi Si Tukang Tulis akan tumpukan kepada perkara yang lebih utama. Kali ini Si Tukang Tulis nak ajak sahabat sekalian untuk berkongsi kempen "Katakan Tidak Kepada Valentine's Day" yang pasti ramai yang menunggu ketibaan hari tersebut pada 14 Februari ini. Kebetulan khutbah Jumaat hari ini menjelaskan peri pentingnya kita mengingatkan para remaja dan sesiapa sahaja bahawa tiada alasan munasabah untuk umat Islam menyambut hari Valentine ini.

haih...apa isunya ni...


“Awek bagi semangat pun tak larat ke bang?”


Aku mula melangkah keluar dari rumah, terhuyung-hayang di tengah jalan sambil memasukkan earphone ke dalam telinga. Sekumpulan budak sekolah berbasikal melintasi aku, baru pulang dari sekolah agama. Teringat zaman aku bersekolah agama sanggup berjalan kaki dua tiga kilometer nak balik rumah semata-mata nak elak dibuli ditampar dalam bas. Sampai sekarang aku pelik kenapa baru nak buka mulut bagitahu pasal semua ni, dulu tahan telan dengan yakin biasalah kena sikit-sikit. Kalaulah boleh jumpa brother tu lagi sekarang, entah aku lagi tough dari dia kot, mungkin.

Aku tiba di bahagian belakang bukit, tak ramai yang lalu lalang di sini. Angin laut Selat Melaka mula bertiup menyentuh kulit merasakan bahang petang hari, indah. Tak perlu menggigil seperti angin di Mesir.  Aku mula merenggangkan otot badan, bersedia untuk membuat langkah seterusnya, aku mula rasakan otot aku ni dah mula lusuh teruk buat lelaki muda yang sepatutnya sihat bertenaga. Dua kali buku lali bengkak biru terasa sampai sekarang, bahu jatuh nasib tak patah tulang clavicle. Bak kata mak, macam mana lah nak tahan lagi berpuluh tahun kalau dah macam ni?


Stail Eewwwwwwwwwww Moncong-Moncong Mulut

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Ramai anak muda kini suka menerima sesuatu yang baru dengan mudah. Budaya paling jelas kini adalah bahasa sms yang akan memendek-mendekkan perkataan. Cuba lihat contoh ayat di bawah;

Apalh budk skrg ni, minum arak cm minum air teh je…xtau ke bende tu haram? klu adik aku dh lma aku pelangkung dgn kayu..Sedih tgk org melayu skrg….
I kan nak go sanalah
Pu3 2 kn x senonoh, suka kcu ppl
2nang dier ni bks bfrn bdk 2
Tht prnces is bad, suka kcu org
Tunang dia ni ex-bfrn tht boy


Apa pendapat anda?

Tak salah anda pendekkan istilah terutama bila menggunakan SMS yang sangat terhad ruangnya. Namun, kependekan berkenaan biarlah berpada-pada. Biarlah tidak mencacatkan keindahan bahasa kita. Biarlah juga difahami oleh orang yang menerimanya.

Bagaimana pula jika melibatkan hal-hal yang tidak berkaitan dengan “untuk menjimatkan ruang” seperti penggunaan “ewwww”, “nyerrrr”, “skunk”, “ittew” dan sebagainya. Semakin banyak ruang yang digunakan, semakin panjang istilah pula.

Apa kata kita hayati video di bawah yang dihasilkan seorang remaja berumur 20 tahun ini?



Bersetuju dengan pandangan beliau? Sekiranya sayangkan Bahasa Melayu, apa kata kita ikut sahaja nasihat remaja kacak ini.

Saya pernah menulis tentang Bahasa SMS dan Bahasa SMS II yang mengandungi fonomena bahasa SMS yang semakin hangat melanda. kajian ilmiah telah dilakukan, dan hasilnya…cukup mendukacitakan. Sebagai warga yang ada rasa tanggungjawab terhadap keberterusan Bahasa Melayu, sama-samalah kita perjuangkan bahasa ibunda kita itu.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Maharam Mamat juga penulis untuk blog Dunia Menulis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Maharam Mamat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Perpindahan Tempat Kuliah .