Monday, February 7

Tiada Apa Dengan Kecantikan


Kecantikan.
Tiada apa sebenarnya. Betul ker? Ya, benar.
Tapi secara fitrahnya, manusia sukakan kesempurnaan.
Sebab kesempurnaan ditafsir berdasarkan kecantikan.
Dan kecantikan itu adalah fitrah. Sifat manusia semula jadi. Ciptaan Tuhan.
Tapi kenapa sebenarnya?
Dari pandangan manusia, yang buta tentang erti kecantikan sebenar, kecantikan itu amat penting.
Kecantikan itu adalah kesempurnaan. Kecantikan itu adalah segala-galanya. Dan kecantikan itu menetapkan standard. Suatu skala yang membezakan cantik dan hodoh.
Dan, percaya atau tidak. Bagi sesetengah daripada kita, kecantikan itu menentukan hala tuju perhubungan.
Menetapkan arah tuju perjalanan.
Perjalanan cinta yang sepatutnya berakhir ke destinasi jinjang pelamin.
Hmmm...tapi kebanyakan definisi ini semua bersifat sementara, yang pasti tidak akan kekal lama.
Luput di sebalik kulit yang semakin lama dimamah usia.


'wahai bekas gf/bf ku, ini lagu untukmu'



Assalamualaikum readers.

Bila bercinta bagai nak rak, tup-tup cinta yang konon-kononnya forever terputus di tengah jalan. Lepas terputus dengan pakwe makwe sekalian, mula lah berkabung 24/7, tak keluar dari bilik, asyik memerap je. Menangis usah cite lah. Habis bertong-tong dah air mata. Frust menonggeng! Lepas tu, mula lah. dengar lagu! 

Alahai, mana-mana yang baru lepas clash tu, tok sah la duk dengar lagu jiwang 24jam! Toksah dengar lagu yang mengingatkan kamu tentang bekas pakwe/makwe kamu tu. Yang sedih jadi makin sedih. Mana tak nya, kalau dengar lagu sayu mendayu? 


4 Petua Tangani Bosan



Apakah rasa bosan? Rasa bosan timbul apabila anda jemu menghadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat.

Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan.

1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.

Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.

2. Jadi Workaholic

Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.

3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!

Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

4. Rajinkan Diri Beribadah.

Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tak mahu berhenti.



credit iluvislam

Mengenang Orang Yang Entah Di Mana

Kenangan-kenangan manis memang sedap untuk dikenang. Sekadar mahu berkongsi sedikit cerita hidup peribadi - kerana entri kali ini saya mahu supaya nadanya ringan-ringan sahaja - kerana saya sendiri tidak mahu menekan diri sendiri. Hari ini akan bermula waktu-waktu sibuk dan sukar semula.

Berbalik kepada hal yang mahu saya kongsikan - suatu masa dahulu sewaktu saya belajar di suatu kolej - masih belasan tahun ketika itu - saya telah terpesona melihat kecantikan seorang gadis - barangkali itu sesuatu yang biasa bagi seorang lelaki - dan saya tahu gadis itu sebenarnya senior saya - apabila terfikir semula, seperti lucu pun ada :)


Mengurangkan Sakit Senggugut


Petua 1 :
Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 :
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.