Friday, February 4

jumaat terakhir aku sebagai penganggur


tik tok tik tok masa berlalu kan...kalu kita hitung, rasa lama je, cube kalu tak hitung...eh eh...kejap je kan dah habis bulan januari...

terbaru tentang kitaran hidup aku, satu lagi fasa akan bertambah...yakni kerjaya...hari ni, jumaat terakhir aku bersidang di 100penulis sebagai seorang penganggur bertauliah...isnin ni, 07.02.11, secara rasminya aku akan bergelar seorang guru, tak sanggup nak guna word pendidik sebab tugas mendidik itu sangatla berat...nak didik anak2 muda jadi insan yang berguna...

Rahsia di sebalik Susu Kambing


Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas, Si Tukang Tulis bersama beberapa orang rakan telah pergi ke sebuah kedai Nasi Arab di Kajang. Kami memilih 'lamb hanith' ataupun nasi arab bersama daging kambing yang telah di masak di dalam aluminium foil bersama rempah2. Bezanya dengan masakan melayu, rempah pak arab ni tak sekuat rempah bila orang kita masak. Maka kali ini, Si Tukang Tulis akan berkongsi perkara berkait dengan kambing. Si Tukang Tulis ingin berkongsi berkaitan kebaikan susu kambing berbanding susu lembu. Si Tukang Tulis terdetik untuk berkongsi tentang susu kambing setelah memikirkan kenapa Orang Arab lebih meminati kambing daripada daging lembu. Banyak sirah Nabi Muhammad yang memperihalkan tentang kambing. Kambing telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Mungkin ada yang memberi alasan bahawa di padang pasir lembu tak boleh hidup sebab kurang rumput!

Walau bagaimanapun, Si Tukang Tulis mengajak sahabat semua untuk memandang isu ini dari sudut positif. Jika Nabi Muhammad memakan kambing, pasti ada rahsia yang besar dan kita tak sedar mengenainya. 

Apa rahsianya?