Wednesday, February 2

Cantik Saja Tak Cukup...

Salam yuolls!
Kalau nak tanya semua orang tentang definisi cantik ni memang penatlah kan. Semua orang ada pendapat. Maklumlah orang kampung Texas aku kata 'beauty is in the eyes of the beholder' kan. Ada orang kata nak cantik kulit harus putih, hidung harus mancung, kalau yang free hair tu rambut ikal hitam berkilat, bibir merah, alis nipis...macam-macam! 

Seorang kawan baik aku selalu merungut. Dia kata dia gelaplah,tinggi sangatlah, berat dah 60kg jadi sudah gemuklah, kulit tak licin mata tak bersinarlah, rambut tak sihat...tapi kalau nak dibandingkan dengan aku, aku lagi gemuk, what! Sekarang dengan berat mencecah 100kg, kulit agak cerah dari dia tapi ada masalah jerawat dan ekzema dan lebih rendah dari dia. Tapi dia kata aku nampak confident saja, pakai apa pun cantik. Yaw, bukan nak puji diri ye hehe!


REBLOG: A Mother’s Journey


terjumpa sesuatu yang sangat menyayat hati di tumblr. decided to share it with 100penulis.com readers. sangat sedih tengok Cyndie French, seorang ibu, bersusah payah menjaga anaknya, Derek Madsen, yang merupakan seorang pengidap kanser.

hayatilah gambar-gambar di bawah.

esotericingeneral:
mrshadowbehindme:



Cara Mematikan Soalan-Soalan Sama Yang Diterima Setiap Hari


[sumber]


Salam,

Kadang-kadang kita akan perasan yang kita pernah ditanya oleh orang-orang disekeliling kita soalan-soalan yang sama setiap hari. Aku pun tak terkecuali la. Kadang-kadang bila kita menghadapi soalan yang sama tu menyebabkan kita rasa sangat 'annoying' walaupun soalan itu sangat mengambil berat tentang keadaan diri kita.

Ada soalan dah tentulah ada jawapannya. Jadi macam mana nak bagi mematikan soalan yang sama kita dapat 24 jam sehari itu? Kat bawah ni adalah contoh jawapan untuk mematikan soalan buat selamanya dan korang boleh hidup dengan senang hati. (^_^)V


Tukar Jantina


Masalah penukaran jantina sememangnya bukan satu berita yang terbaru mutakhir ini.. Pernah suatu ketika, kita dikejutkan dengan berita perkahwinan rakyat Malaysia, Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari dengan lelaki warga Britain Ian Young.. Tetapi menurut berita yang dilaporkan [KLIK SINI], beliau tidak melakukan pembedahan penukaran jantina.. [BACA SINI] Untuk huraian tentang isu perkahwinannya.. Tetapi hari ini, satu berita tentang pasangan pelik yang bertukar jantina pula..

Dilema Penunggang Motosikal Wanita

Salam perkenalan buat semua pembaca di sini dan semoga setiap pertemuan dan perpisahan itu adalah kerana ALLAH. Seperti yang kita sedia maklum, penunggang motosikal adalah antara pengguna jalan raya yang mempunyai risiko tinggi untuk mengalami kemalangan jalan raya. Kebanyakan kemalangan yang menimpa mereka ini juga sering kali membawa maut. Saya sebenarnya bukan nak sentuh tentang statistik berkaitan kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal.

Sebaliknya saya ingin menyentuh serba sedikit isu tentang sikap pengguna jalan raya yang lain terhadap si penunggang motosikal terutama bagi golongan wanita ini. Sering kali kita lihat terdapat beberapa aksi kurang sopan si pengguna jalan raya yang lain apabila mereka melintasi penunggang wanita. Antaranya ialah pemandu lori akan membunyikan hon dengan sengaja seolah-olah si penunggang wanita ini menghalang laluan mereka. Mereka juga turut menjenguk ke luar tingkap sambil menyengitkan mata atau melemparkan senyuman.

Apakah maksud di sebalik bunyian hon sebentar tadi? Adakah si penunggang telah membuat apa-apa kesalahan yang tidak sepatutnya atau adakah si pemandu lori ingin menunjuk kenderaan yang besar tidak setanding dengan yang kecil? Selaku pengguna jalan raya kita hendaklah sentiasa berhemah dan saling menghormati antara satu sama lain apabila berada di atas jalan raya. Hal ini kerana kita mampu mengelakkan sebarang kemalangan yang berkemungkinan boleh meragut nyawa sesiapa sahaja.

Selain itu, terdapat juga pelbagai bunyi-bunyian dan siulan yang sering dibuat-buat oleh kaum adam yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Bunyian seperti ini boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual sebenarnya. Selaku insan yang bernama manusia, di manakah kebijaksanaan anda sepanjang menggunakan jalan raya? Seboleh-bolehnya bertindaklah secara bijak dan belajarlah menghormati orang lain.

Sikap menghormati antara pengguna jalan raya yang lain mampu mengelakkan kemalangan jalan raya yang sering berlaku di Malaysia. =)

Mengenai Penulis Entri Ini :
Pearl Apple juga penulis untuk blog Pearl Apple. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Pearl Apple. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Melayu is Races, ISLAM is Religion, Tolong Lar Bezakan Dengan Bijak Sikit.