Assalamualaikum. Entri ini akan menjadi panjang. Sila bersedia fizikal dan mental untuk berdepan dengannya.
Bulan Disember 2010 lepas, aku terlepas untuk terbitkan artikel di beberapa kali. Bulan paling penat untuk tahun itu. Lompat sana sini…akhirnya landing di Dhaka, Bangladesh. Bangladesh? hu hu hu selama ni kita hanya tengok berapa ramai warga negara ini bersepah di tempat kita. Pernah tak terfikir untuk tahu macam mana rupanya negara mereka?
Untuk pengetahuan semua, bandaraya Dhaka dihuni oleh 24 juta penduduk, lebih kurang sama macam penduduk Malaysia, dengan jumlah penduduk keseluruhan negara ini adalah 150 juta orang. Negaranya kecil, tetapi penduduknya sangat padat (paling padat di dunia). Kejutan demi kejutan aku terima sepanjang perjalanan dan tiga hari berada di tengah negara terpenuh manusia ini. Seawal dalam penerbangan, macam-macam pengalaman baru aku jumpa.
Sebahagian besar penumpangnya perlu dibantu untuk duduk di bangku yang betul. Suasana memang bingit sebab mereka ini bercakap menggunakan speaker bervolume tinggi macam dalam filem Hindi…Oppppssss! Tukar! Bukan Hindi, tapi Tamil. Usah ditanya apa hidung anda akan nikmati aromanya. Macam-macam bau ada. Nasib baik pramugari Airasia yang comel-comel tu, bila sesekali melintas memberikan aroma yang agak menyegarkan hidung. Pengalaman luar biasa dalam penerbangan tersebut anda boleh baca di
Penerbangan Ke Dhaka, Bangladesh.
Sebelum mendarat, kabin akan disembur dengan sejenis cecair atas arahan lapangan terbang tempatan. Kalau tak sembur, tidak akan dibenarkan mendarat. Jejak sahaja di lapangan terbang, kami dihurung nyamuk. Pelik awalnya, bukan ada hutan keliling lapangan terbang tu.
Di Dhaka, semua kenderaan pengangkutan awam tersangat uzur. Basnya bukan sahaja pudar atau tanpa warna, tetapi juga penuh dengan kesan kemek dan calar seperi tin biskut yang sudah terlalu banyak kali dikemekkan, kemudian dibetulkan semula. Selagi boleh bergerak, tetap digunakan. Begitu juga teksi. Hanya sekali sahaja nampak teksi paling cantik di sini (sama seperti teksi paling tak cantik di Malaysia), selebihnya teksi di sini umpama kereta Tiara yang hampir roboh.