Friday, January 28

Tekanan Kerja Plus Darah Tinggi..Isk Isk


Salam sahabat semua.Maaf lambat pula terbitkan entri kali ini.Lantaran terlalu sibuk sepanjang minggu ini, hingga tak sedar hari Jumaat dah sampai.Klien datang tak berhenti-henti, fail bertimbun-timbun, telefon tidak berhenti membuat deringan lagu.Bahagian yang paling tidak menarik, ada di antara kawan-kawan sepejabat saya disahkan ada tekanan darah tinggi!Muda dalam awal 20-an dan 30-an.

Wasotiyyah Itu Jalan Terbaik


Pada satu ketika itu,saya pernah berdebat dengan naqib usrah saya,Abang Farid mengenai pendirian kami terhadap ajaran Syiah.Bagi saya Syiah adalah sesat dan menyesatkan dengan berbagai hujah dan dalil yang kukuh tentang dakwaan itu dan saya kira Syiah ini berkaitan dengan akidah ummat ISLAM jadi adalah tidak wajar jika kita berlembut dengan mereka kerana itu amat berbahaya.Tetapi naqib saya lebih suka mengambil jalan yang lembut iaitu jalan pertengahan dalam hal ini.Saya amat-amat tidak bersetuju dengan hal ini lantas membangkang secara sihat kerana ini berkaitan dengan akidah dan sama sekali tidak boleh dibawa berbincang dan bertoleransi.Naqib saya membawakan satu dalil dari aL-Quran berkenaan suruhan dan galakan ALLAH SWT kepada hamba-Nya dalam memilih jalan pertengahan ini dan berlaku adil ketika membuat apa-apa kenyataan.

Menjadi Kaya dengan Menulis?


Semua orang bercita-cita untuk kaya. Lagi mudah cara untuk menjadi kaya, lagi ramai orang akan cuba. Kalau tidak, skim cepat kaya tidak akan berjaya walaupun kerap benar kita tengok banyak kali berlaku penipuan. Mengapa ramai masih tidak serik? Mudah sahaja, mana tahu untung sabut…mana tahu tiba-tiba boleh jadi kaya.

Pada zaman penulis-penulis veteran seperti A.Samad said, Abdullah Hussin, Usman Awang dan ramai penulis veteran lain giat berjuang dalam dunia penulisan, mereka perlu mempunyai pekerjaan yang tetap seperti wartawan, pemberita, guru atau jawatan lain yang boleh menjamin kehidupan seharian. Mereka tidak boleh menjadikan menulis sebagai kerjaya kerana dunia penulisan pada ketika itu tidak mendatangkan sumber rezeki yang lumayan.

Walaupun begitu, terdapat juga beberapa orang penulis dan orang seni yang menghambakan diri sebagai kerjaya tetap dan menjadikan penulisan sebagai sumber pendapatan seperti Norhisyam Mustafa, A.Samad said dan beberapa nama lain. Dengan situasi semasa pada ketika itu, mereka hidup dalam dunia yang serba ringkas, zuhud, dan adakalanya tidak dianggap sebagai kerjaya pilihan. Menulis tidak menjadi kerjaya yang mendatangkan kesenangan material dalam hidup.


dugaan makin hebat


rentetan entry sebelum ni, apa salah aku sebenarnya, pada sape yang tak bace lagi entry ni, sila lah berbuat demikian, sbb korang takkan faham entry kali yang merupakan kesinambungan daripada entry tersebut...ni adalah komen dari blogger kusut mengenai isu yang aku timbulkan, aku amek ayat last dia

kusut : tapi kadang2 lagi elok kalau tak dipikirkan sgt perkara2 mcm ni

penat dah aku set pale otak aku yang hampir2 berkarat sbb duk terperap, lama tak guna ngan jayanya, supaya jangan fikir sangat benda2 tak berfaedah mcm ni, mulut orang, tak kuasa aku nak tutup, tangan ada dua je, kalu mulut ada empat, takkan nak guna khidmat kaki aku kot nak tutup mulut orang kan....haru kekgi kalu kaki dah naik nih...

so, aku diam je lah...

Kita sering Meminta, Tetapi lupa memberi...


Assalamualaikum...

Alhamdulilah, dapat juga mencuri kesempatan untuk berkongsi artikel di sini, terima kasih kerana sudi memberi ruang untuk Si Tukang Tulis. Kali ini Si Tukang Tulis ingin berkongsi sedikit tentang kehidupan. Pasti kita pernah meminta sesuatu daripada ibu bapa kita, rerakan ataupun pasangan suami atau isteri, malah kita juga senantiasa meminta daripada Allah swt.