Tuesday, January 25

ANAK BAPAK

 

Hello readers......
how are you today....? ok tak...? hope hari ni..ok..ok jer la yupp..

jom kita lihat aksi-aksi panas di antara bapa dan anak perempuannya...

aksi panas...??? hahaha.....check it out.... 


KEHILANGAN

 Kehilangan...
Setiap orang pasti merasa. Tidak kira bagaimana bentuk kehilangan itu, seharusnya kita hendaklah sentiasa bersedia. Sememangnya kita sebagai manusia,tidak pernah menginginkan kehilangan terutamanya kehilangan orang tersayang...Tetapi kita hanya mampu berdoa, kerana Allah menentukan segalanya..pernah ke kamu terfikir seandainya bila kamu bangun pagi2...kamu mendengar berita kehilangan orang yang amat kamu sayang meninggalkan kamu buat selamanya???apakah reaksi kamu??

Hurm...sememangnya kita tiada keupayaan untuk menghalang semua itu...kita harus redha...walau menangis airmata darah pon...yang hilang tetap hilang.. Tetapi bagaimana pula kamu kehilangan seorang sahabat atau saudara diatas satu perselisihan faham???apa tindakan kamu??Walau sudah berkali-kali kamu cuba berbaik2 dengannya tetapi tetap dipandang serong....Ahh!!!kehilangan sememangnya menyakitkan...tetapi anggaplah ia sebagai satu proses kehidupan ke arah yang lebih baik....

Biar jadi pengalaman






Assalamualaikum semua. Sihat tak? Doakan aku yer. Selsema tak habis-habis nie. Tekanan betul bila duduk dalam kelas yang sejuk macam kat oversea tue. Tapi, nak buat camner. Redha je lah dengan ujian yang diberi. 

Minggu nie adalah minggu kedua aku start kuliah dalam tahun ketiga nie. Tak sabar dah nak habis, nak kawin kerja, kumpul duit, beli kereta, beli rumah, pergi haji. Bestnyer. 

Sebenarnya, aku betul-betul blur nak post entry hari nie. Bila buat research (pergh, kelas research pun tak masuk lagi, dah buat research), terfikir nak buat puisi baru. Tapi, idea yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. So, nak minta pendapat lah tentang satu cerita nie.

Cinta itu buta? atau Kita yang buta cinta?

Etika di Facebook.


Facebook kini boleh dikatakan merupakan satu laman sosial terpenting dan yang paling digunapakai oleh segenap lapisan masyarakat. Kucing jiran rumah aku sendiri pun ada profil Facebook tersendiri, begitu juga dengan nenek jiran aku tersebut. Benar! Makanya pengaruh Facebook sebagai alat-ganti komunikasi benar-benar telahpun menular ke atas kita semua.

Betapa kebergantungan kita terhadap laman sesawang sosial ini tersangatlah penting sehinggakan ada tutor aku menggesa agar menambah beliau sebagai kenalan agar beliau boleh membuat pengumuman tentang kuliah menerusi Facebook. Begitu juga dengan beberapa rakan aku yang mengunakan Facebook untuk menambahkan ‘downline’ untuk perniagaan MLM ataupun butik atas talian mereka.

Namun begitu, aku terpanggil untuk menulis entri ini berdasarkan observasi aku terhadap sebilangan kecil rakan-rakan dalam senarai Facebook aku yang aku fikir tidak begitu memahami konsep menjaga etika ketika berada di Facebook.