Monday, January 24

Jika Kena Cara Orang Muda Akan Berubah


Jika saya boleh menulis dengan nada yang tidak begitu serius. Sudah pasti saya akan lakukan sedemikian. Kerana saya sedar, ramai orang yang lebih suka entri yang sifatnya tidak begitu serius. Saya masih belajar berbuat demikian.

Dalam entri saya Isnin lepas iaitu Orang Muda Kita, saya tidak berkesempatan membalas komen rakan-rakan blogger. Tetapi itu tidak bererti saya tidak membaca respon kalian. Cuma kesibukan saya sekarang agak luar biasa.


Aura Nasihat Dan Teguran

Assalammualaikum & hai...

sekadar nak sharing kat semua..keep reading

Hari-hari yang kita lalui seakan kosong dan tidak bermakna sekiranya kita hidup tanpa teguran daripada para sahabat, keluarga, guru-guru dan sesiapa sahaja.
Tahukah anda, apabila kita menegur seseorang terdapat satu aura yang kuat untuk membolehkan seseorang itu berfikir kembali tentang kesalahan yang telah mereka lakukan?
Sekiranya anda tidak percaya, cuba anda berikan teguran kepada rakan anda sekiranya mereka melakukan kesalahan. Sudah tentu setiap nasihat dan teguran itu akan membuatkan mereka berfikir kembali tentang kesalahan yang telah dilakukan.
Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza-beza. Ada yang menggunakan cara lemah lembut untuk menegur seeorang, ada yang menggunakan cara yang keras dan ada juga yang menggunakan cara yang berhikmah untuk menegur.
Kesemua ini ialah teknik dan cara menegur mengikut tahap ilmu yang telah dimiliki. Teguran dan nasihat amat diperlukan bagi setiap manusia. Kita amat memerlukan teguran dan nasihat daripada insan di sekeliling kita. Kita memerlukan mereka untuk meruntuhkan kubu ego yang kita miliki.
Terdapat manusia yang sudah terlalu tinggi ilmunya dan pantang sahaja ditegur lalu mereka akan melenting sekiranya ada insan lain yang kurang berilmu menegur mereka. Hari ini jika dilihat suasana di sekeliling, terlalu ramai manusia yang memerlukan nasihat, teguran dan bimbingan daripada orang di sekeliling mereka.
Jika diteliti, nasihat dan teguran ini amat diperlukan oleh mereka yang ingin berubah. Ramai yang cuba berubah tetapi mereka tidak mendapat bimbingan daripada orang di sekeliling. Saya juga turut merasakan aura tersebut kerana setiap teguran dan nasihat itu ikhlas daripada hati mereka yang menegur saya. Mereka tidak mahu saya hanyut dalam buaian dunia sendiri.
Setiap teguran memerlukan masa untuk kita merenung kembali kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya kita akan cuba sedaya upaya mengubah sedikit demi sedikit setiap kesalahan yang telah dilakukan. Hal ini amat berbeza kepada mereka yang tidak mendapat teguran dan nasihat daripada orang di sekeliling.
Cubalah melihat mereka yang tidak ditegur. Adakah mereka akan berubah? Tanya pada diri anda?
Manusia amat sukar mengenali kesalahan diri sendiri tetapi orang di sekeliling mereka boleh mengenalinya.
Jika tiada teguran daripada orang di sekeliling, kita berkemungkinan merasakan diri kita sudah cukup hebat. Setiap teguran daripada orang di sekeliling akan sukar untuk diterima. Ilmu yang diperolehi menyebabkan kita ego dan sukar menerima kenyataan.
Tetapi, apabila ditegur kita secara spontan akan memikirkan kembali kesalahan diri dan hal ini disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati seseorang itu untuk menjadi manusia yang terbaik. Bermula daripada teguran itu, ego mungkin akan runtuh jua satu hari nanti. Setiap teguran dan nasihat juga sebenarnya menyebabkan manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain.
Manusia saling memerlukan. Mereka memerlukan bimbingan, teguran dan nasihat. Tanpanya mereka akan hanyut dalam dunia sendiri. Walaupun mungkin saling membenci akibat satu teguran tetapi percayalah teguran itu akan sentiasa diingati kerana tingginya nilai aura nasihat dan teguran itu.
Pepatah Arab ada mengatakan ;
" Katakanlah yang benar walaupun pahit. "
Demi rakan tercinta, tegurlah mereka walupun ianya pahit. Walaupun ianya boleh membuatkan hubungan anda retak tetapi itulah perkara terbaik yang sudah anda lakukan untuk membuktikan kasih sayang anda kepada sahabat anda itu.


Usyar Mau Rapat

 

Tak faham satu ni awat orang yang lepak kedai or warung makan ada tabiat cam kanibal. I'm talking about staring people like you suddenly wanna jump on and eat them without esok bagimu anymore. The moment hang parking moto/keta je depan meja depa , satu meja kalih usyar hang jalan as if hang ni artis glamour tak pun member yang depa tunggu-tunggu.



Yang Penting Adalah Proses

Sebelum ini, ketika aku membentangkan satu laporan penting kepada Pengarah unit kami, maklumbalas beliau sangat memberansangkan. Di dalam pesanan beliau, yang penting adalah proses ataupun strategi yang digunakan dalam perlaksanaan untuk mencapai keputusan yang hendak digapai.

Apa yang diperkatakan oleh beliau adalah sangat betul dan tepat. Dalam mana-mana laporan, angka dan nombor hanyalah suatu fakta. Fakta yang diperolehi apabila strategi yang telah dirangka dapat dijalankan dengan sempurna. Daripada ini, kita dapat melihat bahawa yang lebih penting disini adalah proses yang digunapakai, dan bukannya keputusan ataupun hasil keluaran yang akan diperolehi.


Kaca Mata 3-D Kat Wayang?

(klik banner untuk visit kusut-blogs)


awal summer haritu adik ipar aku datang holiday kat sini and stay kat rumah aku utk 2 minggu. best jugak le bawak jalan2 tempat yg menarik kat South Australia ni. tapi tu cerita lain. aku tertarik la ngan satu topik yg kitorang borakkan satu hari yg panas tu. pasal tengok wayang 3D, beli spek utk tengok wayang 3D berharga $1, dan jugak aku tak rase 3D tu hebat sgt pun.

hehe