Kalau otak manusia ibarat komputer, pastinya kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik.
Lebih sempurna. Betulkah begitu? Mari lihat.
Kalau otak manusia ibarat komputer, pastinya otak kita terdiri daripada perisian(software) dan perkakasan(hardware) komputer. Dan pastinya kita boleh masukkan apa sahaja "program" di dalam minda kita. Jika anda minat memasak, dengan hanya satu klik sahaja, beribu-ribu resipi malah berjuta-juta ramuan dapat disimpan di dalam otak kita. Jika kita minat menari, dengan hanya satu klik sahaja, otak dan minda kita boleh disetkan untuk menentukan tindakan refleks terhadap seluruh tubuh badan kita untuk bergerak dan menari seterusnya. Dan jika berpendapat bahawa kita ada bakat dalam nyanyian, dengan hanya satu klik sahaja, pastinya tiada apa yang berlaku. ^_^ Kerana ia terpulang kepada kemerduan dan alunan suara kita. Melainkan kita menukar peti suara, ia mungkin akan berhasil. Kesimpulannya di sini, dengan kelebihan ini, semuanya pasti akan menjadi mudah. Siapa yang hendak pergi ke kelas? Jika semuanya dapat dipelajari dalam masa beberapa saat sahaja.