Friday, January 14

UpGrade Sembang Kopi


Lokasi, di sebuah kedai kopi, selepas waktu pejabat, teh tarik panas dan alunan asapnya menjadi peneman kami pada petang itu.Kami berjumpa untuk bertanya khabar dan cuba membantu menyelesaikan isu masing-masing. Kadang-kadang ada juga luahan geram mereka .Cerita yang berulang kali dan kesimpulan yang sama, kecuali dengan gaya cerita dan watak-watak sahaja yang berbeza.Teringat pula lirik "Cerita Kedai Kopi",

maksud dari mimpi


mimpi? sape tak pernah mengalami mimpi kan? ada mcm2 mimpi, mimpi indah, mimpi ngeri, mimpi basah...opss...aku takmo sentuh tang tu...kita cakap yang biasa2 saja kat sini...

pernah tak korang mimpi, pastu terjaga dalam keadaan nangis2? aku selalu mcm tu...adik aku cakap aku ngigau...hah...mengigau ni berkait rapat ngan mimpi...bohongla kalu cakap dia tak pernah mengigau kan...time kecik2 dulu, rasa mcm kelakar je bila mak ayah cite balik...lagi satu, mamai...hahaha...adik beradik lah tu sume ngan mimpi...sebab sume tu datang dari T.I.D.O.

Asah Ketajaman Bakat Menulis Anda



Ramai orang dianugerahkan bakat untuk menulis. Ada secara semulajadi, ada juga yang mengasah bakat tumpul berkenaan hingga tajam dan berkerlipan melalui usaha dan kerja keras.

Menulis memerlukan latihan. Bersifat berterusan juga. Bagi anda yang kreatif, terdapat pelbagai cara untuk asah bakat tersebut agar lebih menyerlah dan bersinar. Ada yang menjadikan blog sebagai taruhan agar mereka boleh menulis setiap hari. Lama kelamaan, setiap entri yang diterbitkan itu akan menunjukkan peningkatan mutu kerana bakat menulisnya sentiasa digilap. Itu latihan menulis cara moden yang tidak membosankan. Anda tak sedarpun bakat telah digilap dan mula bersinar.



Phoenix Bangkit Kembali...!!!


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu dengan Isnin...tapi Si Tukang Tulis lambat tulis en3 hari ini gara-gara sibuk. Walau bagaimanapun, Kali ini Si Tukang Tulis nak kongsi satu isu sedikit berkait dengan dua tajuk lagu AJL25 yang baru tamat semalam. Tajuk lagu yang di maksudkan ialah Tolong Ingatkan Aku daripada Juara AJL, Ana Rafali dan Hanyut daripada Faizal Tahir juga sebagai pemenang persembahan terbaik.

Secara umumnya, memang AJL25 sangat menarik dan menghiburkan, walau bagaimanapun, ada segelintir yang tidak setuju dengan keputusan yang telah dibuat. Bagi Si Tukang Tulis, Semua peserta yang terpilih adalah pemenang. Tiada yang kurang daripada mereka cuma apa yang datang daripada juri berbeza dengan kita. Ini kerana juri yang terlibat seperti M. Nasir dan Habsah Hassan sangat dikenali dengan kebolehan menyelami isi tersirat dalam sesebuah lagu. Memang diakui, Lagu yang menang mempunyai banyak maksud tersirat yang mungkin kita sendiri terlepas pandang.