Friday, January 7

Impian memerlukan kesabaran



Dahlia ditarik keluar dari plot drama tidurnya ikuran pukulan bertalu-talu yang sekata dari besi jam tidurnya . Nafsu tidurnya tercabar tatkala hari ini adalah hari Sabtu , hari cuti buat negara Malaysia kecuali mereka yang berkhidmat dalam urusan perniagaan 24 jam ataupun kedai-kedai minum . Tengahari itu menyimbah terik yang sempurna bagi Dahlia .

apa salah aku sebenarnya



ini adalah sekadar luahan hati aku, bukan mahu tuding jari kepada sesiapa

aku ada sorang kawan lelaki, kenal since sekolah rendah, pastu sekolah menengah sama2, tingkatan 4 ngan 5, sekelas...dari dulu smpai sekarang, aku anggap dia kawan aku...dulu, mase dia kapel ngan kawan aku, bangkang pun tidak, setuju pun tidak...

bagi aku, zaman persekolahan adalah untuk belajar dan belajar, tak timbul isu cintan2 nih, setakat crush2 tuh biasalah, dah nama remaja, masa tu baru nak pilih identiti yang mcm mana kan...aku sendiri pun ada beberapa kali crush ngan senior2 best kat sekolah...

lepas spm, masing2 ikut haluan masing2, aku ngan cara aku, dia ngan cara dia...jarang2 jumpa, jauh sama sekali ber sms...

Masa Hadapan Dalam Tangan Anda


Assalamualaikum...

Hari ini Si Tukang Tulis nak berkongsi sedikit tentang membuat keputusan. Pasti ramai di antara kita sering membuat pilihan atau keputusan yang susah sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain, untuk keluarga atau untuk syarikat? Kita risau sama ada pilihan atau keputusan yang dibuat membuahkan hasil ataupun menemui jalan buntu. Kita resah bila memikirkan sama ada orang lain berpuas hati atau tidak suka dengan keputusan yang kita ambil...lebih-lebih lagi bila kita menjadi ketua.


Sanggup Mati Muda?



Terlalu banyak berita kematian yang mengejutkan termasuk pelakon popular Malaysia, arwah Faizal ( Al-Fatihah).Tapi itu hanya sebahagian sahaja, malah sebenarnya banyak lagi jenis kematian bukan hanya sekadar penyakit, tapi kemalangan, dibunuh dan sebagainya.(teringat pula gambar fail kes bunuh yang saya lihat awal minggu ini di meja kerja saya, mayatnya bengkak digulung di dalam karpet , plus post mortem).