Thursday, December 1

40 Hari Mencari Cinta, Aku Sangat Lelah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Lama kan aku tak muncul kat sini...ada orang rindu tak? 
bukan bermakna aku tak jengah,
tapi sebenarnya sangat tak sempat untuk tampal entri baru
entri kat blog sendiripun tak sempat nak tulis
agak memaksa juga untuk kekalkan paparannya setiap hari

agak rasa bersalah juga
walaupun editor lain tak meriah
namun, kekangan masa buatkan niat itu terbabas
cita-cita memang tinggi nak sentiasa manfaatkan hari Khamis tiap minggu
namun upaya sangat rendah, terbatas
ikhlasnya, aku tak ada tenaga langsung
untuk menulis entri setelah terjebak dengan
40 Hari Mencari Cinta


kini aku dah merdeka dan sedang nikmati erti kemerdekaan itu
dengan qada sebanyak mungkin tidur yang sangat kurang
sejak lebih 40 hari lepas.
ada apa dengan 40 hari itu?
kisahnya boleh diringkaskan sebegini;
kakak suami isteri mendapat seru mengerjakan haji tahun ini
masa pula sangat suntuk,
tiga hari sebelum terbang mereka mengetahuinya
jadinya, sangat kelam kabut dengan semua urusan

sepanjang masa 40 hari mereka mengerjakan Haji itu
aku perlu menjaga 4 orang anak-anaknya
nasib baik dua orang lagi, dihantar balik kampung
Mek yang jaga. Kalau semuanya aku yang jaga
memang huru hara jadinya.

anak buah aku itu dah terbiasa dengan kehidupan yang bebas
bukan bebas dengan kegiatan tak bermoral
mereka masih kanak-kanak
boleh buat apa sahaja sesuka hati
semua urusan hidup ummi yang buat
hinggakan tak satu apapun yang mereka tahu buat
KECUALI makan dan sepahkan rumah
jadi, tugas aku menjadi sangat berat untuk latih mereka
supaya lebih berdisiplin dan mandiri
badan pula sangat letih dek perahan tenaga
seawal enam pagi hingga tengah malam
tak cukup tidur, kurang rehat dan banyak kerja perlu diuruskan

sangat susah nak ubah cara hidup mereka
aku stress, mereka juga stress
namun, sebagai ganjaran berkelakuan baik
ikut peraturan dan buat sendiri semua kerja
aku bawa mereka jalan-jalan ke beberapa tempat
malah, Perpustakaan Negara
 sakan mereka ni berjalan hujung minggu

sepanjang tempoh 40 hari itu (lebih sebenarnya)
aku perlu jadi ibu bapa mereka
bukan setakat sediakan makan pakai dan keperluan sekolah
tapi perlu juga ke sekolah untuk dapatkan
kemudian hadiri Hari Graduasi
errrr sekolah rendahpun dah buat graduasi hu hu hu
entah berapa ratus kali nak kena jadi graduan
hingga tamat universiti nanti

bila cuti sekolah, aku hantar mereka dengan pakcik dia orang
walaupun hati berat juga nak lakukan begitu
dah penat sangat dek keletah mereka
longlai aku tak cukup rehat dan tenaga
hinggalah malam sebelum kepulangan kakak
masa pergi, terlompat kalut tak sempat nak bersedia
bila balik, dua tiga kali tertunda lah pulak
apa-apapun, aku akhirnya merdeka!

sepangjang tempoh tersebut
banyak pengalaman yang aku timba
biarpun sangat letih, penat dan lelah
banyak mengajar aku tentang kesabaran
banyak menuntut aku supaya kreatif dan bertoleransi
biarpun kerapkali juga semua itu sangat mencabar
sangat menguji
bukan mudah untuk menjaga anak-anak usia sebegitu
bukan mudah juga untuk latih mereka berdikari dan berdisiplin
kiranya tidak dipupuk sejak kecil

 

Mengenai Penulis Entri Ini :
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Hidup Normal Semula .

2 comments:

Panglima Muda said...

salam.....terima kasih kerana menziarahi saya. Saya adalah penulis yang sudah ketinggalan... dah tua baru dapat banyak idea

anyss said...

Panglima Muda: Orang lama lagi mantap idea dan kupasannya, banyak pengalaman...

Tak ada istilah terlambat dalam apa jua perkara yang kita nak buat, paling tidak, kita pernah berusaha untuk buat