Friday, October 21

Kita nih same jee...

Artikel ini adalah sumbangan Alif Tarmizi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, ketika baru pulang dari kelas, saya telah terserempak dengan seorang pakcik yang cacat penglihatannya. Dia begitu tabah sekali mencari rezeki. Saya terserempak denganya ketika di stesen LRT Masjid Jamek. Begitu sebak saya melihat perwatakannya. Walaupun beliau cacat penglihatan, namun dihatinya tidak langsung terlihatkan sedih atau menyesal.



Jika dilihat kembali,walaupun dia tidak sempurna, dia masih mampu melimparkan senyuman walaupun dia sendiri tidak terlihat senyumannya itu. Dikala kita sangka kita paling teruk diuji tuhan, rupanya ada orang yang lebih hebat ujiannya. Namun masih mampu gembira. Kadang-kadang orang yang kurang sempurna itu lebih gembira daripada orang yang sempurna sebab? Dia lebih bersyukur daripada mereka yag sempurna, yang mencari kekayaan setinggi gunung, namun akhirnya, hati tidak tenteram.

Sama-sama renungkan...

Singgah di blog penulis : http://www.bilabeliabersuara.blogspot.com

2 comments:

ghostwriter said...

kite yg celik ni pulaa...da nmpk org x mo senyum~ rugi.....

Puan Kutu said...

betul tu..moralnya bersyukurlah..:)