Wednesday, October 5

Kebodohan Wanita Dalam Berinternet

Baru-baru ni ada seorang sahabat berkongsi satu video bertajuk "Kebodohan Wanita Dalam Berinternet." Sebelum-sebelum ni kalau ada video-video Islamik ni aku tengok jugak tapi takdak la sampai nk tulis entri. Tapi video ni menarik sungguh sebab tajuk yang menikam jiwa. Bagi yang belum tengok, ini diembedkan :


Memang sempoi lah. Aku setuju sangat dengan ayat-ayat Ustaz Azhar ni. Namun berapa ramai pengguna internet lain, khususnya wanita, yang boleh terima nasihat macam Ustaz ni?

Paling selalu kita lihat (facebook) bila ada gambar / video perempuan yang tak jaga adab / aurat, ramai yang menegur. Tapi sedih sekali bila empunya badan dengan bongkaknya membalas :

"Selama ni aku tak pernah hidup guna duit ko tau"
"Sebelum nk kata kat orang, ko tu dah cukup sempurna ka? Tah2 sembahyang pun tinggal."
"Mak bapak aku pun tak kata apa, ko sibuk pehal?"

Sayang, belajarlah menerima nasihat biarpun pahit. Belajarlah terima pandangan orang biarpun menyakitkan hati. Kalau kaum adam menasihati kamu wahai wanita sekalian, tentulah untuk kebaikan kamu jugak. Takkan la kamu nak selalu labelkan orang lain yang bagi nasihat sebagai 'dengki, jealous, xpuas hati sebab tak dapat style macam aku'.

Jangan la macam tu.

Tapi kita tengok pulak. Kadang-kadang tukang nasihat pun, perghh ayat tak sopan sungguh. Nak bagi nasihat tu bagi ja, jangan nak aibkan orang yang sedia membuka keaibannya... erk.. Kan? Ada fungsi 'private message' tu gunakan, tegur secara personal.

Wanita ni, kalau tegur dengan lembut, mudah-mudahan lembut hatinya.
Kalau ditegur ikut suka mulut sendiri, sapa yang tak hangat hati nak melawan balik kan?

Pesan aku, kalau nak upload gambaq kat internet, pikiaq byk kali. Kalau dah terupload baru terperasan benda negatif, kan boleh delete?

Namun tak semua wanita yang tahu amende tu DELETE PHOTO. Yang dia tau BLOCK atau UNFRIEND kot lepas kena tegur?

Yang tukang nasihat pulak, cari pendekatan sesuai kalau kat hati tu benar-benar mahu membantu.

*Semua dialog rekaan*

Mengenai Penulis Entri Ini :
Tupai Karan juga penulis untuk blog @hatitupai. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Tupai Karan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah A'ee Yang Dedikasi.

8 comments:

deQli avem said...

wanita, perempuan, selalu bodoh!!!!...buta, pekak semua ada...mcm aku...:'(

Miss Kira said...

pendekatan yg baik..tgur elok2.. ;) rather than sindir2..

Tupai Karan said...

@deqli :
sama la sy pun.. klu bercakap pasal media sosial ni ada je benda sy nyesal.. tp kita learn from our mistakes :)

@miss kira :
ya betoi. kalau yg menegur pun sound xingat dunia, sapa xpedih ye tak

My Life's Journey said...

Hihi ..ade benarnya kata uztaz ni ..umi terima dengan hati yang terbuka :)

afifaa. said...

*speechless. huhu.

anyss said...

Assalamualaikum,
Hu hu hu dah penah tengok video ni...terkedu jab

Run Away said...

wa...memang agak bodoh lah....hek....;d

Kartini said...

fuhhh.. menikam ke jiwa. truth said.