Thursday, August 4

"Yang kaya dibuat kawan, yang miskin dijadikan musuh"

Kita boleh mengherdik pada orang yang kita benci. Tapi tidak pada orang yang kita sayang. Kadang kita terfikir, mengapa perbezaan antara benci dan sayang itu perlu wujud? Perbezaan itu tetap ada. Contohnya, antara dosa dan pahala, neraka dan syurga, lulus dan gagal, baik dan buruk, rajin dan malas. Ya, kita tahu apa yang membezakan setiap satu daripadanya. 

Manusia itu bertopeng. Manusia itu sentiasa berpura. Dan manusia juga punya sifat memilih-milih.

Yang cantik dipilih, yang kurang cantik ditinggalkan.
Yang kaya dibuat kawan, yang miskin dijadikan musuh.
Yang pintar diagung-agung, yang bodoh dihina-hina.

Salah mereka itu apa ya? Kita sentiasa mencari yang terbaik. Tapi 'terbaik' sangatkah diri kita?

Kita memang punya kawan beribu, tapi itu hanya di facebook. Kita memang punya pengikut yang beratus, tapi itu hanya di twitter. Tetapi cuba kita lihat di kiri dan kanan kita, siapakah diantara mereka yang layak bergelar 'sahabat'? Yang tidak melihat kita pada kelebihan semata-mata, bahkan mereka juga melihat pada kekurangan kita. Mereka yang sentiasa membantu dikala ditimpa kesusahan, mereka yang sentiasa mengambil berat dikala kita bersendirian. 

"Dia tu cuma akan berkawan dengan orang cantik"
"Dia tu cuma akan berkawan dengan orang yang berduit"

Itu dia, kamu?


Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "Tangga Cinta".

1 comment:

izfanora said...

manusia mmg begitu.. kononnya 1st impression.. dh knl lama br tahu,,