Monday, August 1

Ke Arah Pembaharuan 100Penulis


Saya yakin dan percaya semua editor sudah maklum dengan pertukaran admin 100penulis ini dan kita juga sudah dimaklumkan oleh admin baru tetang beberapa perubahan awal yang akan beliau lakukan. Dengan kedatangan Ramadan ini, kita harap 100Penulis juga akan mengalami perubahan positif.


Dan benar, perkara paling sukar dalam hal seperti ini ialah memberi komitmen. Editor punya komitmen kepada blog sendiri dan pada masa sama perlu memerah akal mencari idea untuk 100Penulis. Itu biasa, dan itu memang terjadi. Maka saya rasa salah satu perkara yang lebih penting ialah kita memperkukuhkan hubungan sesama editor, cuma mengenali antara satu sama lain dengan lebih akrab dan berinteraksi dengan baik. Barangkali jika ukhwah kita makin kukuh, persefahaman kita akan lebih baik maka kita akan lebih sayang kepada kumpulan 100 Penulis ini sekaligus akan cuba menyumbang entri-entri yang baik, bermanfaat dan menghiburkan. Dari situ, kita akan bina identiti 100 Penulis yang kemudiannya akan dikenali oleh pembaca-pembaca blog pula.

Maka kita teruslah menyokong sesama editor disamping memperkenalkan blog ini kepada rakan-rakan lain. Ini bukan sekadar isu mendapat pembaca dan mahu traffik. Ini adalah hal tentang keinginan berkongsi sesuatu yang mungkin bermanfaat dan mungkin pula boleh memberi pengajaran disamping bertukar-tukar pandangan dalam menambahkan ilmu pengetahuan.
 

Mengenai Penulis:
Fyzal juga penulis untuk blog The Blog By Fyzal yang sebelum ini menggunakan nama blog Fyzal's Territory. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fyzal. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah  Catatan Ramadan: Sahur Pertama Megi Goreng & Roti Canai Secara Solo.

4 comments:

d_tieah said...

Jyeah.. Harap blog 100 penulis mampu tarik lebih banyak trafik ye, dengan penukaran admin yang baru..

Entry Terbaru 1 : Khairul Fahmi Putuskan Pertunangan ; Ini Kenyataan Elia
Entry Terbaru 2 : Khairul Fahmi Putus Tunang ; Pengajaran Buat Yang Lain
Entry Terbaru 3 : Golden Churn Creamary Butter Tidak Halal

Fyzal said...

d-tieah
sama-sama kita menyumbang untuk memajukan 100penulis. kita mahu lebih ramai pembaca membaca 100P dan mendapat manfaat daripada blog ini.

izfanora said...

betul tue. hr nie bermula lah hidup admin baru di 100penulis. *gaya macam sebelum nie xknl admin je kan. hihi..

semoga rasa syg terhadap 100penulis semakin mendalam. :
)

Fyzal said...

izfanora
harap2 kita semua terus berusaha menyumbang kepada 100penulis dan memajukannya.