Saturday, August 27

Ramadhan belum berakhir.







Ramadhan sungguh bawa makna yang terlalu besar. Namun bila dah sampai hujung hujung ni, bila ditenung balik, macam tak cukup ja usaha, macam tak khusyuk ja terawikh, macam tak bersih ja hati masa puasa. Macam tak berserdehana ja masa buka puasa, siap makan kambing golek tak ingat dunia. Hish.

Kita dah sampai simpang 27. Kedai cina jual bunga dekat dengan rumah pun dah mula pasang lagu raya, apatah lagi mydin dan econsave. Kita dah mula teruja nak raya. Aku dah teruja nak raya. Baju raya tak beli lagi, jalan TAR confirm pack gila. Tak apalah, beli baju raya dekat tesco, bukan susah. Tengok, dah nak masuk simpang jalan mati untuk Ramadhan kali ni pun aku fikir pasal baju raya kuih raya nak cari resepi cornflakes madu chocolate lah. Mana pergi semangat nak bangun pagi sebelum sahur kejut warga rumah. Hish.

Aku sedar tahap lalai aku kali ni serupa macam tahun tahun lepas. Tapi sekurang kurangnya panggilan kejutan wake-up call kali ni hadir sebelum tamatnya Ramadhan. Rakan-rakan seperjuangan aku pun dah mula ajak berbakti, menyumbang apa yang ada, terdaya, di kala Ramadhan berbaki beberapa hari lagi. Dan antara usaha aku nak menyumbang, aku ajak korang korang korang semua sekali, alright?


Aku terpaksa assume yang kepala korang lebih kurang fikir macam aku, bila scroll post ni, tengok tengok je tak baca. Aku biasa buat macam tu, then last last, lupa tertangguh habis hilang lupa. Semua maklumat program ni ada di blog rasmi medic mesir, tapi aku akan quote-kan maklumat penting di sini. Dan, pentingnya bila dah baca, perlu bertindak sekarang juga, SEKARANG, hah dah all caps rage. Kerana program ni disasarkan tamat 27 Ramadhan, yaitu. erm. Hari ni. Jadi jangan tangguh tangguh. 

Friday, August 26

ini jumaat aku


salam jumaat semua, walaupun jumaat dah bakal nak habis, entry aku baru je naik...takpelah kan cik jah kan...

sebelum aku sempat merapu meraban lebih lanjut, aku nak le menjemput kalian semua ke rumah aku, jumaat depan...itu pun kalau korang ada kat area2 umah aku le kan, kalu tak...hmmm...takpelah, nak buek camno kan....

ada apa kat umah aku? hmmmm....


Thursday, August 25

Sepotong Ucapan Selarik Maaf dipohon

 


Wahhhhhh! minggu depan dah raya
mula esok, dah ramai juga yang berduyun-duyun balik kampung
awalnyaaaaaaaaaaaaaa balik!
nak elak jem ke nak berbuka reramai
seronoknya kalau sempat berbuka ramai-ramai
riuh rendah! meriah!
ada budak-budak, lagilah seronok


Tuesday, August 23

8 Panduan Mudah Mengenal Skim Penipuan



Assalamualaikum...

Anda seorang pelabur atau bakal seorang pelabur? Tak kiralah apa jenis pelaburan yang anda sertai, sebagai seorang pelabur anda perlu sentiasa peka dan berhati-hati apabila ditawarkan sebaran pelaburan yang mempunyai ciri-ciri berikut:


Saturday, August 20

Tanggapan Salah Tentang Kerjaya Pensyarah

Assalamualaikum. 
Salam Sejahtera. 
Salam 1 Malaysia. 
Apa khabar semua? 

Agak lama saya menyepi. Tugasan sebagai tenaga pengajar memang sangat menuntut waktu hingga perlu dikesampingkan banyak perkara lain termasuk bercuti.

Sekarang ini, universiti sudah lengang. Sebahagian besar pelajar sudah pulang ke kampung masing-masing dan menjalani cuti panjang. Mungkin anda beranggapan, saya akan mempunyai banyak masa luang apabila semester sedang bercuti panjang sebegini. Begitukah?


Thursday, August 18

Terima Kasih Beri Aku Udara Yang Sihat

Masa: 2 PM
Tempat: Kajang Utama

Dia: Kak pakai celcom, maxis atau digi?
Aku: Digi
Dia: Berapa banyak pakai tiap bulan?
Aku: 30 hengget je...tak habis pun.
Dia: Kalau lebih 50, saya ada pakej Celcom yang menarik.
Aku: Terima kasih, dik...akak tak banyak guna.

Dia pun berlalu bersama aroma asap rokoknya. Terima kasih kerana segera berlalu...berikan aku udara yang sihat.

Lupa nak ucap selamat hari raya untuknya yang hensem. Entah kenapa, kerap benar aku terjumpa dengan orang hensem yang tak puasa. Ahhhh...dugaan benar!

Dahulu pak cik pemandu teksi tak puasa, kali ini...adik hensem jual sim kad Celcom.


Mengenai Penulis Entri Ini :
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Blogwalking dengan Widget 100 Penulis .

Tuesday, August 16

Viral videos!


Hi guys!Long time no blog :D
Here's to make it up to you. 
Found tons of viral videos around youtube these days.
Go ahead,watch these and tell me what you think!HAHA


Tip apabila putus cinta




Assalamualaikum semua. 


Normal lah kan jatuh cinta. Siapa yang tak pernah jatuh cinta. Mesti korang pun pernah kan? Yang putus cinta pun mesti ada juga. Releks lah, takat putus cinta, pakwe kawin lain, semua tu aku dah pernah rasa. Sedih? Mau tak sedihnya. Time tue masih old skol, aku siap call besfren aku guna public phone, tak cakap banyak pun, tapi nangis saja, 3 jam ! Pergh, memang sabar sungguh kawan aku tue kan. Dia memang BFF aku untuk selamanya.


Thursday, August 11

#RC : Tangga Cinta

Cinta. Kita boleh mencinta, tapi untuk ikhlas dicintai itu sukar. Berapa ramai yang bercinta tapi terkandas di tengah jalan hanya kerana rasa cinta itu berubah menjadi benci.

Rindu. Kita boleh merindu, tapi untuk terus dirindui itu sukar. Berapa ramai yang berhenti merindu setelah rasa rindu itu hilang. 

Sayang. Kita boleh menyayangi, tapi untuk tetap disayangi itu sukar. Berapa ramai yang berhenti berkasih hanya kerana kesetiaan itu dicalar.

Tangga Cinta

Setiap kali kita menjejakkan kaki pada usia baru. Cinta itu hadir. Oh, bukan cinta. Tapi sayang. Permulaan cinta itu bermula pada usia setahun jagung. Mereka kata itu bukan cinta, tapi "minat" atau "suka". Suka pada wajahnya yang ayu. Suka pada perangainya yang sopan. Suka pada perwatakannya yang macho. Suka pada rambutnya yang pacak pacak. Dan suka apabila melihat dia menaikkan bendera ketika perhimpunan mingguan di peringkat sekolah rendah. Geli perut.

Friday, August 5

apa kategori anda sebagai kawan?

 

salam jumaat, salam penghulu hari, dan salam bulan kemerdekaan....amacam? dah gantung jalur gemilang kat kenderaan, pejabat, umah masing2 dah ke? ekekeke....bolehla tanya sebab baru je letak jalur gemilang kat kete...first time u...sebab tahun ni i baru ada kete sendiri nyah...

minggu ni, aku nak hupdate pasal kawan...sebab baru2 ni, aku ada kes ngan kawan2 aku, dan aku rasa sangat bertuah memiliki mereka as my friends...tu dorang, aku? tataulah sama ada aku ada menjalankan tanggungjawab aku sebagai kawan mereka dengan baik ke tak...mmmm...<thinking>