Tuesday, July 26

Kenapa sakit?


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Baguslah kalau anda semua dalam keadaan yang sihat walafiat. Aku agak kurang sihat beberapa hari ni. Doakanlah kesihatan aku ye.

Okay, hari nie aku nak tanya korang semua dan nak share juga sebab musabab kenapa kita sakit. Aku share tiga sebab sajalah ye. Sebabnya, aku sendiri pun tak cukup sihat nak share banyak-banyak. :)


1. Kita tak jaga kesihatan diri sehingga membuatkan kita senang diserang penyakit. Contohnya, kita dah tahu kita alergi sesuatu makanan, tapi sebab makanan tue sedap, kita pun tibai je. Betul tak? Aku pun buat jugak kadang-kadang.

2. Tak tahan dengan perubahan cuaca. Biasalah, kadang musim panas tue, panas sangat sampaikan kita tak ambil kisah dan buat tak tahu. Means, kalau hari yang kurang panas kita minum air masak 8 gelas, bila tiba musim panas, kita tambah lah lagi kuantiti tue untuk elak badan kurang air.

3. Kita sedang diuji oleh Allah. Bukan semua orang diuji dengan kemiskinan dan kesusahan. Tapi, ujian dari-Nya itu pelbagai. Ada yang sakit, ada yang sedih. Kegembiraan juga ujian sebenarnya. Ia semua bertujuan supaya kita tak lupa siapa pencipta kita.

Baiklah, itu saja yang boleh aku kongsikan. Semoga ia ilmu berguna dan bermanfaat untuk semua.


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Tabahlah wahai hati.

2 comments:

ezzu said...

semoga cepat sembuh...hehehe...

lepas sembuh t boleh share byk2 knpe kita sakit...hehehe

nur intan hazirah said...

tq.....bagus sgt nie...sama la...den pun duk demam dua tiga hari nie aishhhh

hadirkanlah rasa itu