Tuesday, July 5

Kehilangan





Salam semua. Moga sihat hendaknya. Puisi ini ditujukan khas buat seseorang yang pernah menjadi ketua di sini. Ia tertulis secara spontan, melahir rasa apa yang ada di hati. Mungkin ia hanya secebis puisi tidak bermakna. Tetapi, bagi sesetengah antara kita, ia ada makna tersendiri.


Tiada siapa menginginkan
Tiada siapa mahukan
Tiada siapa mengimpikan
Ia terjadi

Biar masa berubah
Biar langit tak lagi cerah
Biar matahari tidak bercahaya
Biar kami semua berduka

Ke mana pergi
Ke mana menghilang
Ke mana?
Kami tak pasti
Hanya kamu yang ketahui

Maaf atas khilaf
Maaf atas salah
Maaf atas alpa
Maaf atas segala

Dulu pernah suatu ketika
Kamu membantu, kamu memerintah
Kamu menyokong, kamu disokong
Kini kamu hilang, berdiam tanpa berita

Antara kami merasa kehilangan
Antara kami merasa kekosongan
Antara kami merasa ralat
Antara kami merasa tak tahu apa harus dibuat


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Betul ke bloger kreatif?.

5 comments:

Kyra said...

kenapa dengan admin ?

Anonymous said...

Bukan niat nak putus kawan
Bukan niat nak mengabaikan
Dah mula rasa susah hati
Terpaksalah diam bawak diri

Jangan kehilangan dijadikan halangan
Minat menulis mesti diteruskan
Salah silapku harap dimaafkan
Biar yang dah lalu, kita pandang ke depan

He he he

Kimmy Ai said...

hmmm.. dedih~~~ :'(

Kyra said...

ce ceter ce ceter

izfanora said...

kyra~ nak citer pun xtau..