Thursday, July 28

Di Sini Permulaan Hidup

Agak lama juga tinggalkan sawang dalam belog sendiri :) Al-maklum lah baru mulakan kerjaya selepas tamat belajar.. Banyak yang dipelajari, tapi banyak jugak masalah yang dapat hehehe.. Tak mudah dapatkan permulaan yang baik dalam hidup.. Tapi tak semestinya susah untuk mencari yang baik itu.. Hailaa lama tak serlahkan skill menulis di sini.. But I TRY!
Ada yang bertanya, di mana saya mendapat kekuatan dalam bekerja? Permulaan yang agak mencabar, tetapi kenapa saya masih bertahan? Jawapannya di sini.. Uwhh korang tak nampak arah tangan saya :p Kawan2, saya pernah terfikir kenapa lah susah nak bina kerjaya di awal kehidupan sekarang.. Saya pernah terjatuh dan hampir mengalah bila dugaan datang bertubi-tubi.. TETAPI..!!
Saya renungkan segulung kertas itu, saya rasai ilmu yang menimbun di dada, dan saya nilaikan ribuan dan puluhan ribuan yang dilaburkan.. Uwhh tinggi nya nilai itu.. Bukan ingin bezakan wang dan ilmu.. Tapi terlintas di fikiran saya, adakah saya ingin merugikan usaha keluarga dalam membantu saya genggam segulung kertas itu.. Kertas itu mungkin bernilai berpuluh ribuan ringgit, tapi penat lelah keluarga tak mungkin dapat dibalas hanya dengan membingkai sahaja kertas itu sambil lihat setiap hari..
Ketika saya hampir jatuh pada permulaan kerjaya saya, Ini lah yang saya renungkan.. Akhirnya satu semangat luar biasa wujud dalam diri.. Yea! Bekerja bukan untuk kekayaan.. Tetapi untuk kebahagiaan.. Saya perlu bahagiakan keluarga.. Menyediakan segala yang perlu disediakan.. Apa-apa sahaja.. Berikan apa yang mereka inginkan, everything.. Tetapi, saya sedar itu masih belum cukup :) Sekarang saya tahu, kejayaan saya mungkin akan membahagiakan mereka.. Maka, saya perlu berjaya dalam kerjaya. Bukan kaya dalam kerjaya Hehehe!!



Mengenai Penulis Entri Ini :
cik ain juga penulis untuk blog Cik Ain Nabila. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan juga di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label cik ain. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Semanis Dugaan Sepahit Kegembiraan.

1 comment:

50 sen said...

ohhh... hehehe...=) Sukanya. Harap2nya semangat aliran arah CIk Ain di alirkan juga kepada saya...=) Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Selamat berkursus selama sebulan.=)